Khamis, Ogos 13, 2009

" Yang Islam tu UMNO, kami bukan " - Nik Aziz

Tajuk tersebut agak pelik untuk dibaca tetapi itu bagaikan 'metaphore' yang digambarkan Nik Aziz melalui kenyataannya, " DAP boleh hina Islam ".

Apabila dikatakan DAP boleh menghina Islam atas dasar 'tidak faham' mereka ke atas agama Islam itu sendiri, PAS yang kononnya membawa DAP mengenali Islam lebih dekat, sedang meludah ke langit.

Dahulu, sebelum PAS 'bernikah' dengan DAP, tidak ada ekstremis Cina yang terfikir untuk membuat kenyataan terbuka menghina Islam seperti apa yang berlaku selepas 1 tahun setengah, DAP dan PAS berkahwin .

Mengapa DAP semakin tidak faham Islam setelah 'bernikah' dengan PAS? Adakah kesalahan itu terletak pada UMNO? Sedangkan isu UMNO 'menolak Islam' berlaku itu telah berlalu berzaman-zaman yang lalu.

Ia umpama isu kafir untuk 'kerjasama dengan bukan Islam' yang dilaungkan PAS satu ketika dahulu.

Adakah DAP semakin mengenali Islam setelah bekerjasama dengan PAS? Hakikatnya, DAP semakin membenci Islam dan semakin berani menghina Islam dan penganutnya setelah mereka dapati PAS berada dalam genggaman mereka.

Atas dasar apa orang tua berjubah, berserban ini mengatakan bahawa DAP berani menghina Islam kerana orang Islam sendiri menolak Islam? Hari ini, benarkah UMNO menolak Islam?

Pemimpin PAS yang bodoh, memprbodohkan lagi penyokong mereka dengan mengatakan UMNO mempertahankan perlembagaan kafir. Padahal mereka sedar, tanpa sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat, manakan dapat perlembagaan itu dipinda. Dan mereka menyembunyikan fakta bahawa jika UMNO dan PAS serta beberapa wakil rakyat 'yang kononnya Islam' itu bersatu, maka 2/3 itu boleh diperoleh dan pindaan ke atas perlembagaan dapat di buat. Siapa yang munafik?

Dalam isu pokok, sudah cukupkah PAS sebagai 'orang rumah' DAP membuat penerangan bagi membolehkan Cina-cina freethinker ini memahami Islam?

Penulis ingin bertanya, dalam hubungan PAS dan DAP, siapa suami siapa isteri? Siapa memberi dan siapa diberi? Siapa ketua, siapa pengikutnya? Mengapa bila timbul isu seperti penghinaan ke atas Islam, PAS dengan keji menunding jari ke atas UMNO?

Di dalam UMNO, belum ada Melayu atheist tidak seperti di dalam Pakatan Rakyat. Melayu-melayu Kristian yang dikecam perlembagaan pun bernaung di bawah Pakatan Rakyat. Maka keberanian DAP menghina Islam atas faktor Melayu dalam pemerintah kah, atau Melayu-melayu dalam Pakatan Rakyat?

Sendiri mau ingat la Nik Aziz. Oh, teman lupa, miker dah nyanyok. Jadi, tolong diam! Kali ini betul-betul hou liau. Nampaknya kini, seakan-akan mengundi PAS itu menempah untuk masuk neraka, dan mengundi UMNO kerana ingin mencium bau syurga!


Siapa di sebalik pembinaan kompleks gereja terbesar di Asia Tenggara ini? BN atau PR?