MStar, Isnin Ogos 17, 2009
Ahli Umno tak akan masuk syurga - Nik Aziz
BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.
"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.
Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.
Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. BERNAMA
Ulasan
Lihatlah 'ahli syurga' berkata-kata. 'Karamah' yang dimilikinya membolehkan dia memutuskan syurga itu milik siapa. Adakah sebagai contoh, seorang ulama bertaraf wali, mempunyai keberanian untuk berkata demikian dengan tanpa rasa takut bahawa apa yang dikatakan olehnya itu akan menjadi dinding penghalang antara dirinya dengan penghulu umat manusia yang menyeru kepada persefahaman dan perpaduan umatnya, yakni Rasulullah, pada hari akhir nanti?
Jelik, muak dan menyampah melihat gelagat Nik Aziz. Orang tua ini pernah penulis kagumi untuk tidak kurang dari 10 tahun sebelum sedikit demi sedikit hilang hingga tahap layak untuk dijadikan alas kaki gambar mukanya. Tapi bukan amarah sedemikian yang diajar oleh Islam dan ibu bapa kami.
Jadi, kepada umat Islam yang tidak mahu dicela agamanya, ibu bapanya dan menjadi mereka-mereka yang 'tertahan' di hari akhir nanti, JAUHI ORANG TUA INI. Sesungguhnya, dia berada dalam kesesatan yang nyata.
Padanya, menumpang 'bas Pakatan Rakyat' yang penuh gejolak isu bagi tanah sesuka hati, pecah dan perintah, arak, babi, perempuan tukang urut dan gadis-gadis dan pemuda-pemuda hedonisme lebih mulia dari bersama 'bas penganut-penganut Islam yang lain' , sambil dengan konfiden mengaku hanya dengan mengundi mereka, mereka akan masuk syurga semata-mata mahu kuasa yang memihak kepada kafirin.
Semoga Allah menunjukkan kebesaranNya.