Jumaat, November 20, 2009

Cuaca Yang Gila Atau Kita Yang Gila?

Adakah cuaca tidak boleh lagi diramal? Mengikut ramalan bulanan bagi bulan November 2009 oleh Jabatan Meteorologi, kawasan Lembah Beriah yang menjadi mangsa deruman hujan hingga berlaku banjir di Kerian, diramalkan hanya menerima hujan antara 200 hingga 250 mm sepanjang November.

Tetapi, hari ini, yang kita ketahui, kawasan tersebut telah dilanda banjir dan ramai penduduk terpaksa dipindahkan dan ini menunjukkan bahawa taburan hujan dikawasan tersebut adalah tinggi.

Kedah yang diramalkan mengalami taburan hujan yang rendah bagi bulan ini pada hakikatnya, turut mengalami banjir seperti yang kita ketahui melalui media massa.

Tetapi, itu adalah ramalan melalui fakta cerapan setiap tahun dan unjuran dibuat bagi menentukan sesebuah ramalan.

Bagaimana pula dengan khabar angin yang tersebar di internet yang menyebut Kuala Lumpur akan dilanda ribut salji atau hujan batu atau mana-mana satu antara kedua-duanya, pada jam 7 petang 20 November 2009!

Lihat petikan emel dibawah :

I don’t intend to cause alarm but I think I need to share this with
everyone. Whether this is a hoax or otherwise; as a precaution, may be
good to have some warm clothings on hand and be home early on Friday,
20th November 2009.

Rumours are surfacing about a freak winter storm that is expected to
hit the Kuala Lumpur city centre on Friday, 20 November 2009 at around
7pm.

Being near the equator, KL has never experienced such a cold weather
phenomenon and residents used to the hot and humid weather are warned
to take serious precautions.

Reliable sources think that there are reasons to believe these rumours
following some unusual weather-related events that many parts of the
world have experienced in recent history.

Those who have never experienced extreme cold weather are advised to
stick close to one another for support. I suggest reading this article
on How to Survive Being Stranded in Snow and other similar ones you
can find easily on the internet.

As I personally know some of these sources, I will send out further
notices as we get closer to the anticipated event.

Remember, mark 20 November 2009 in your diaries. In such an
occurrence, there is safety in numbers so stay close to one another,
especially after office hours.


Ini bukanlah sesuatu yang boleh dikira penipuan bijak pandai kerana tidak ada fakta yang boleh menyokong apa yang disebut oleh penyampai berita menipu ini.

Emel ini tersebar sejak beberapa minggu lalu dan adalah mustahil untuk penghantar emel ini dipercayai kerana emelnya langsung tidak disertakan fakta-fakta klimatologi.

Malangnya, khabar angin ini tersebar ke seluruh Lembah Kelang dan mempengaruhi pemikiran anak-anak kecil sehingga mereka dibingungkan dengan kesedaran orang di negara ini mengenai iklim dan cuaca.

Namun, melihat kepada ramalan jabatan Metorologi yang meleset dan 'hoax' yang disebarkan melalui internet, jelas bahawa keadaan iklim hari ini adalah sesuatu yang tidak boleh diramal lagi.