Ahad, November 22, 2009

DAP Idamkan Tee Keat ?

Kroni-kroni DAP Perak kelmarin dengan sinis tetapi konfiden, menyarankan agar PM mengambil alih jawatan Presiden MCA dengan menjadi pemangku sementara penyusunan semula MCA selesai.

Mengambil contoh Tun Ghafar, Nga Kor Ming dengan yakin menyebut krisis MCA tahun 80an ditangani Tun Ghafar yang memangku Presiden MCA selama 11 bulan.

Kenyataan dua watak utama DAP Perak ini jelas seolah-olah memberi jalan mudah untuk penyelesaian krisis MCA dan untuk memiliki Ong Tee Kiat. Ini kerana Ong Tee Kiat pastinya telah mereka nilai, tidak akan bersetuju dengan syor ini tetapi terpaksa mematuhi 'perlembagaan' BN.

Ong Tee Kiat merupakan seorang pemimpin radikal dalam mengutarakan isu biarpun isu dalaman BN biasanya dibincang secara tertutup. Sensasi media membuatkan Ong Tee Keat, yang diterima ramai termasuk orang Melayu di kawasan Ampang, menjadi semakin popular.

Berbekalkan kefasihan berbahasa Melayu jauh lebih berkualiti dari kebanyakan Cina, Ong Tee Keat amat disenangi di kawasannya kerana beliau hampir dengan masyarakat.

Ada desas desus mengerut dahi menyatakan bahawa dengan mendapat Tee Keat, DAP yakin bahawa usaha terancang mereka untuk memiliki bekas Ketua Pemuda MCA yang paling berjaya ini akan melengkapkan cita-cita mereka setelah meletakkan Jui Meng dalam PKR, Soi Lek dalam BN dan kemasukan Tee Keat akan membawa ketiga-tiga nama ini menjadi sebahagian mereka secara rasmi mahupun tidak rasmi.

Hakikatnya isu PKFZ yang dimainkan Kit Siang hingga mempengaruhi seorang lagi pemimpin MCA yang anti-bincang-tertutup, Soi Lek, untuk menunjukkan Tee Keat perlu ditentang, menjadikan MCA menjadi bekas 'shit stirring'.

Jika isu PKFZ yang menjaja isu Ka Sing yang diminta membayar parti sebanyak RM10 juta, adakah RM10 juta itu ialah wang rakyat? Itu wang Ka Sing yang merupakan seorang jutawan. Jika PKFZ menjadi tersadai berhubung isu ini, kerajaan berhak menuntut semula ganti rugi bagi pihaknya dan isu ini akan selesai bila ada pihak yang dipertanggungjawabkan oleh mahkamah untuk membayar semula pampasan.

Mengapa tiada siapa yang mahu membawa kisah PKR mendapat wang untuk PRU 12 2008?

Kit Siang nampaknya memperoleh banyak fakta tentang isu PKFZ yang selama ini berlegar dalam MCA. Segalanya adalah akibat dari pasca-pemilihan MCA yang mencetus bantahan politikus-politikus tamak yang lain dalam MCA. hari ini, sudah tentu ada tali barut Kit Siang di dalam MCA yang berkedudukan besar, dan mungkin sebesar imej yang tertonton pada sebuah video kontroversi.