Isnin, November 23, 2009

Mereka Mahu "Kaum" Mengekang Mereka ?

Adakah suatu hari nanti akan ada Liga Peguam Tamil di negara ini bagi mengukuhkan pepecahan kaum yang mula disemarakkan oleh kaum Tamil di Malaysia?

Tidak dapat ditolak dari fakta bahawa keengganan kerajaan Malaysia mengiktiraf pengganas Tamil Eelam di Sri Lanka telah memberi bekas kepada negara ini. Sejak dari itu, golongan Tamil berpendidikan tinggi di negara ini yang menyertai DAP untuk berpolitik, semakin vokal 'membalas' layanan negara terhadap suku sakat mereka di Sri Lanka.

Lebih-lebih lagi apabila Malaysia memuji usaha Sri Lanka menghapuskan kumpulan gerila yang diisytiharkan lebih berbahaya dari Al-Qaeda.

Fakta tidak dapat disangkal dengan dakwaan ramai veteran dalam masyarakat bahawa kebanyakan pekerja Tamil yang masuk melalui Sistem Kangany yang diurus British, akan pulang ke Tamil Nadu setelah tamat kontrak di Malaya. KECUALI TAMIL SRI LANKA.

Hari ini, 'kudis lapuk Malaya' ini telah menjangkiti Australia dengan sentimen anti Tamil semakin berleluasa di negara tersebut sejak pelarian Tamil dari Sri Lanka )pasca kemusnahan LTTE) sanggup menaiki bot untuk meyertai saudara-mara mereka yang telah mendapat manfaat dari sistem negara kebajikan Australia.

Namun Malaysia mengalami semua itu dengan sebuah paksaan yang diselia penjajah. Tengku Abdul Rahman pula lekas-lekas mahu memerintah dengan sendiri dan menegakkan negara pada tiang yang melambangkan bahawa Malaya adalah sebuah negara 'baik hati' dengan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak radikal dan hanya sesuai dengan zaman tersebut.

Akibatnya hari ini, pihak fundamentalis Tamil memutar perlembagaan dengan menggunakan kesusahan dan kemurungan rakyat 'sebangsa' mereka atas nama hak, untuk menghentam kerajaan yang memerintah hanya kerana ia bertunjangkan sebuah parti Melayu.

Malah, fundamentalis Tamil dengan berbangga menyebut mereka berjuang menentang Melayu di negara ini yang disifatkan tidak adil kerana mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan justeru, mempertahankan sebarang perlaksanaan hukum yang mementingkan Islam.

Akibatnya, dewasa ini, mereka dipandang dengan rasa meluat dan mungkin akan tiba masanya apabila seorang plaintif perlu melantik peguam bukan dari bangsanya bagi mengelakkan 'conflict of interest' dan pembelaan yang dibuat oleh peguam yang bukan dari bangsanya akan lebih membuatkan penghakiman hanya dipengaruhi sentimen undang-undang semata-mata.

Jika ini berlaku, catatlah dalam sejarah akan PIHAK MANA YANG MEMULAKAN wabak yang bakal dibunuh dengan memasukkan latarbelakang perkauman sebagai mempengaruhi 'conflict of interest' dan tidak melayakkan seseorang peguam itu mewakili plaintif.

Yang diajar bukan rakyat. Tetapi peguam bodoh yang merugikan masa depan negara.