Rabu, Januari 06, 2010

4 Sekeluarga Dibunuh : Kekejaman Ala Komunis Kembali?

Identiti empat mangsa samun, bunuh dikenal pasti
Utusan Online, 05/01/2010 7:25pm


TAMPIN 5 Jan. – Identiti empat sekeluarga yang ditemui mati dibunuh dengan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh petang ini sudah dikenal pasti.

Mereka ialah Atan Daud, bekas imam dan ketua kampung tersebut dan isterinya, Sufiah Katas. Kedua-duanya berusia lingkungan 80-an.

Dua lagi mangsa dikenali sebagai Siti Khadijah Ismail, 22, dan Ismail Awang, 76.

Mayat mereka ditemui Siti Mariah Ismail, 15, seorang lagi cucu mangsa, selepas pulang dari sekolah kira-kira pukul 2 petang ini.

Polis kini memburu penjenayah terlibat termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan. – Utusan

Ulasan

Di saat suhu keagamaan meningkat, berlaku pula satu kejadian menyayat hati tidak berperikemanusiaan dengan perlakuan yang lebih buruk dari binatang paling buas di negara ini.

Kes bunuh seperti ini hanya dilakukan oleh pengganas komunis beberapa dekad lalu. Kini ia nampaknya kembali dan menuntut kesedaran umun untuk bersatu menentang anasir buruk dalam sesebuah komuniti.

Tetapi, di saat tekanan memuncak dengan isu hidup dan isu semasa, tidak mustahil akan berlaku gerakan menangkap sendiri penjenayah dan meletakkan undang-undang ditangan mereka sendiri sebagai tindakbalas kekejaman pelaku jenayah tersebut.