Jumaat, Mac 05, 2010

Lapan Mac (Bhg. 1) : Gelombang Dua Tahun

Ketika bertugas sebagai penunjuk pintu mengundi kepada pengundi di SK Perpaduan, Taman Perpaduan, penulis bertemu seorang rakan yang semeja di kedai kopi tetapi mempunyai fahaman politik yang berbeza.

Seperti tahun 2004, dia tetap mengundi calon PKR, seorang calon India bagu DUN Hulu Kinta yang dihuni 65% pengundi Melayu. Untuk Parlimen, dia memilih calon PKR, seorang calon Melayu, Asri Othman yang bertanding menentang Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua hari ini.

Si sahabat ini merupakan seorang kakitangan awam yang pernah meminta bantuan untuk penempatan lantikan pertamanya dulu kat teman.

Tapi, tidak sampai 2 tahun, teman boleh senyum je bila melihat krisis Pakatan Rakyat yang mendapat undi dari si sahabat tadi.

Selepas dia, datang pula pesara kakitangan awam yang baru pencen dua tiga tahun sudah. Ironis sekali bila dia dahulu sejabatan dengan teman di Jalan Ipoh, KL dan berpencen dan membeli rumah di Taman Perpaduan walaupun masih bekerja di KL.

Hadirnya dengan bangga membawa hajat di telinga saya sebelum kertas undi mengetahui hajatnya. Baginya, PKR adalah pembela sebenar, pemurah, pemberi rezeki, pembuka peluang, bebas monopoli dan adil kepada semua. Baiklah. Apa-apa saja.

Mereka tahu yang teman adalah akar umbi UMNO sejak tamat tingkatan lima dan pernah ingin menyertai PKR sebaik sahaja Anwar dipecat. Untuk makluman, ketika itu, tiada parti yang wujud berkaitan Anwar. Namun, hajat seminggu itu mati serta merta melihat anarki yang ditiup Anwar.

Selepas 10 tahun, bila menyedari masih ada orang yang bersimpati dengan mainan politik orang yang tertangkap ingin 'menjual negara', teman hanya tersenyum kerana yang kelihatan pada air muka mereka ialah ketidakpuashatian yang bersifat lokal. Setempat. Sekampung. Setaman.

Hakikatnya teman makin sedar bahawa orang macam teman ni penentu pucuk pimpinan parti. Tapi biorler bercakap pada platform yang betul, ye tak? Teman selalu kata pada mereka penyokong Pakatan Rakyat, " Komer cakap je pandai, orang PKR, orang PAS, haram teringin nak ngajak kamu."

Yang Melayu menyokong DAP teman rasa tak salah ler untuk teman layan macam kafirin jugak. Sebabnya banyak Melayu sokong DAP ni freethinker. Kalau agama sendiri celaru, politik sah ler celaru. Kelebihan demer cuma pada duit demer je.

Bila Ahli Parlimen Bagan Serai keluar parti, tidak menghairankan jika desas-desus selama dua tahun di blog-blog, akhirnya pecah juga kisahnya.

Telur tembelang lebih busuk sesudah pecah mengalirkan lendir. Naluri untuk lebih berpuas hati atas tindakan 3 ahli Parlimen dari PKR yang keluar parti ini sudah lama hilang dari hati teman.

Yang hebatnya, sesudah tahap bosan mencapai ke ayat " malas nak layan komer, kalau sokong juga Pakatan Rakyat, memang bongok la", AKHIRNYA berlaku penghijrahan keluar 3 ahli Parlimen PKR. Tapi itu belum akhirnya.

Ianya merupakan refleksi dari keterbukaan UMNO itu sendiri. Jika Cawangan-cawangan hatta Bahagian-bahagian masih dipimpin golongan yang berhidung tinggi dan miskin ilmu dekat-mendekati, proses ini sudah tentu akan memakan masa yang lama.

Teman sendiri masih merasakan yang dua orang sahabat teman yang menyokong PR tanpa menyedari ATAU MEMANG MENYEDARI kesalahtafsiran mereka tu hari ini memalukan diri, perlu dikekalkan sebagai rakan bersembang.

Tetapi kata pesara tu, kalau kamu jadi ketua cawangan sini baru aku masuk UMNO. Teman tahu dia buat lawak. Tetapi yang ditujunya siapa? Apakah itu yang membuatkan mereka sanggup dikeji kerana mengundi Pakatan Rakyat?

Apakah mereka sebenarnya tahu bahawa kotornya tangan mereka dengan mengundi Pakatan Rakyat namun merelakannya atas agenda peribadi bersifat setempat? Apakah UMNO akar-umbi benar-benar bersifat terbuka?