Sabtu, Mac 06, 2010

Lapan Mac (Bhg. 2) : Zul Nordin Perlu Kekal PKR

Zulkifli Nordin telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna. Semoga dia diberi kekuatan oleh Yang Maha Esa. Namun, tugasnya belum selesai. Dia ada perjuangannya yang tersendiri.

Amat perlu bagi Zulkifli Nordin untuk terus bersama PKR supaya lebih banyak percanggahan parti tersebut dalam perjuangan mereka yang menghalalkan apa juga yang menguntungkan sekutu-sekutu mereka yang telah lama berhajat melemahkan kekuatan rohaniah masyarakat Islam negara ini.

Zul diperlukan oleh rakyat negara ini untuk terus menjadi pegawai abitrari dalam menilai perlakuan yang membentuk hala tuju PKR yang dipimpin seorang bapa kepada seorang ahli Parlimen paling pasif, dan suami kepada seorang ketua parti.

Dalam UMNO sendiri, politik anak bini diketepikan demi lebih keterbukaan.

Zul Kulim sudah tentu faham dan tahu bahawa jika tidak kerana TANGGUNGJAWAB MENEMPELAK kesesatan nakhoda yang 'memajak' kemudinya demi keuntungan yang sedikit, sudah tentu dia terlebih dahulu keluar parti.

Namun dia dapat dilihat berusaha menggamakkan diri dalam ketidakrelaannya untuk terus memacak bendera PAS dan PKR , dua parti dipimpin Melayu yang disumpah mengikut kata, dibelakangnya ketika membuat sidang akhbar.

Teruskan Zul. Kami rakyat Malaysia mahukan tuan berusaha mengeluarkan enam tujuh lagi dan meletakkan LGE sebagai ketua pembangkang dan ini dapat memusnahkan Pakatan Rakyat apabila akhirnya mereka dikuasai oleh penentang agenda Islam secara mutlak, hakiki dan sahih.

Gelombang liberalis dan sosialis hakikatnya lebih kencang dan anti-Islami beberapa dekad lalu ketika UMNO masih semuanya bersongkok. Namun akhirnya para sosialis ini tumpas dan kini berkumpul dalam Pakatan Rakyat.

Cuma malang yang berlaku hari ini ialah, terlalu ramai pak lebai dan serban yang berganding tangan bersama golongan masonik tegar ini.