Khamis, Mac 18, 2010

Anwar Penipu Ulung Kini Alpa Dalam Keseronokan Menipu

Menulis kembali selepas masuk wad akibat denggi. Sepanjang tempoh itu, terkesima juga apabila Zulkulim ditendang keluar PKR 12 jam selepas post bertajuk Zul Nordin Perlu Kekal Dalam PKR diterbitkan di blog ini.

Tapi tak mengapa. Itu menunjukkan episod sarkas Pakatan Rakyat kini semakin menghiburkan apabila harimau di dalamnya telah bebas dari belati si tukang-tukang sarkas.

Maka harimau itu kini boleh mengokak kepala tuannya dahulu bila-bila masa.

Sementara itu, Anwar dengan wayang pacaknya turut berdaftar dengan pengendali sarkas ini. Wayang pacaknya akan berkisar tentang kerajaan memerintah akan menaikkan harga barang terutamanya petrol dan diesel dan pada masa lain mempersoalkan mengapakah kerajaan gagal menarik pelabur asing.

Padahal si Anwar Penipu Ulung ini tahu bahawa negara ini tidak lagi menjadi destinasi menarik para pelabur kerana daya saingnya rendah akibat ekonominya banyak yang palsu kerana terlalu banyak menerima subsidi kerajaan dan ini melanggar sistem kapitalis yang Anwar Penipu Ulung ini merupakan fan besar atas sistem ini.

Juga, kepalsuan ekonomi ini hanya akan menjamin para pelabur ini sekiranya ia diperintah sebuah kerajaan yang sekukuh Singapura. Ini bermakna, harapan mereka pastilah agar perubahan dasar tidak terlalu kerap berlaku akibat desakan-desakan politik.

Dengan melayu PAS, PKR dan DAP yang memang sedikit yang faham sistem ekonomi sejagat, dan kebingungan mereka dipelihara Pakatan Rakyat demi undi di hari pilihanraya, maka Malaysia tidak akan dipandang stabil dan berdaya saing.

Jika anda tidak percaya, fikirkanlah mengapa para pelabur asing lebih memilih Vietnam dan China yang tidak pernah ada pilihanraya. Kerana di sana mereka dijanjikan dasar yang konsisten dan menguntungkan mereka sendiri.

Dan Anwar Penipu Ulung terus menipu dan menipu dengan kealpaan bahawa rakyat kini semakin pandai atas pemikiran mereka sendiri. Bukannya disuap-suap UMNO. Akibat ke atas Anwar telah semakin dekat untuk dia rasai.