Sabtu, Mac 20, 2010

Sampai Bila Malaysiakini Akan Terus Dibiar?

Malaysiakini, portal berita alternatif hakikatnya tidak langsung membawa kebaikan kerana mereka amat gemar menyiarkan ayat-ayat sensasi yang mencabar kesabaran pihak lain.

Antaranya menyiarkan pendapat umum yang sangat kontroversi seperti tajuk Komuniti Orang Asli : Pembunuhan Etnik di Malaysia.

Kemudian dengan bebas menyiarkan tentang pendapat separatis Sabah yang mendakwa Sabah lebih maju dari Singapura jika tidak bersama Malaysia.

Kemudian, mereka menunjukkan kebencian mereka terhadap orang Melayu dengan menyiarkan cercaan geng-geng mereka ke atas kerajaan PAS Kedah sedangkan cacat cela berak salat pemerintahan Selangor merupakan aib pentadbiran yang keji tetapi itulah yang disembah mereka.

Melihat tajuk-tajuk itu kita telah dapat mengetahui bahawa Malaysiakini adalah agen kotor yang sepatutnya telah lama dilenyapkan di bumi Malaysia. Bukan kerana mereka menyuarakan penentangan. Tetapi kerana MEREKA AMAT BIADAP dan wajar di ajar untuk berselisihan pendapat dengan cara orang sebelah sini. Orang bumi rantau ini.

Kebanyakan penulis di Malaysiakini adalah keturunan pendatang tok nenek mereka dan mereka menggunakan peluang diberi warganegara mengikut jus soli untuk menunjukkan belang.

Tetapi, mereka juga mengimport penulis-penulis bukan warganegara yang berniat mencelakakan negara tercinta melalui platform yang disediakan oleh Malaysiakini.

Persoalannya, sampai bila Malaysiakini akan terus dibiar oleh pihak berkuasa dan mahkamah kerana terang-terang, Malaysiakini menyampaikan hasutan, jika mahkamah sivil terlalu mudah untuk diperbodohkan melalui peruntukan undang-undang yang boleh dimanipulasi.

Siapakah badut-badut ini dan apakah kredibiliti mereka dalam menyumbang untuk sebuah negara yang stabil? Lebih penting, mengapa masalah peribadi mereka dengan pemerintah di perenakkan dengan tulisan mereka yang sangat mengundang marah dan benci sesetengah pihak lain?