Ahad, Mac 21, 2010

Estrada Si Kawan Anwar

MILF terima fatwa Estrada musuh Islam
20/03/2010

MANILA: Pejuang pemisah Moro mengisytihar bekas pemimpin Filipina yang digulingkan, Joseph Estrada, sebagai musuh Islam dan menggesa pengundi menolak cubaan beliau untuk kembali menjadi presiden.

Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mempersetujui fatwa yang dikeluarkan sekumpulan ulama di Mindanao menjelang pilihan raya presiden pada Mei depan. “Selepas mengkaji tindakan dan dasar Estrada sebelum dan selepas pemilihan beliau sebagai presiden hingga sekarang, kami mendapati beliau adalah musuh Islam yang sebenar," menurut MILF yang memetik kenyataan Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro.

Estrada, bekas pelakon filem yang menentang rundingan damai, kini di tangga ketiga dalam undian pendapat selepas sembilan tahun beliau digulingkan dalam rampasan kuasa tentera berikutan prosedur penyingkiran beliau kerana rasuah. - AFP

Ulasan

Joseph Estrada merupakan pemimpin ASEAN tunggal yang menentang pemecatan Anwar Ibrahim dan menjadi sahabat karib Anwar Ibrahim sejak detik yang tidak diketahui bila.

Sokongan Estrada atas Anwar melambangkan kedudukan lingkungan dan jaringan yang disertai Anwar.

Tidak hairanlah pencabulan ke atas Islam banyak difailkan pada ketika Anwar hidup bebas menerajui sebuah pakatan dengan konsep duduk dan lihat.