Sabtu, Mac 27, 2010

Mat Taib Pun OK

Blog ini juga cenderung untuk berpendapat bahawa Muhammad Md. Taib juga merupakan calon yang sesuai untuk dicalonkan sebagai wakil BN dalam PRK P94.

Kemenangan Isa Samad di Bagan Pinang memberi petunjuk jelas bahawa 'calon kitar semula' tetap diterima ramai.

Tetapi, Isa Samad disenangi kerana dilihat banyak berbakti. Juga, P94 kurang mempunyai undi pos.

P94 memperlihatkan komposisi yang cenderung kepada demografi nasional kecuali 10 peratus pengurangan atas pecahan Cina dan 10 peratus penambahan atas pecahan India.

Di sini, mainan undi pos seperti modal pembangkng, hampir tiada.

Ipohmalay via E71

.

Ipohmalay Sokong Zainal Sakom

Blog ini menyokong aspirasi blog-blog sahabat untuk melihat Zainal Sakom, nama prominen dalam politik Hulu Selangor, untuk dicalonkan bertanding.

Blog ini juga bersependapat mengenai ancaman boikot yang bakal diterima jika calon MIC dipilih.

Namun, jika Presiden UMNO merasakan mampu untuk bekerja keras berkempen dan memberi keyakinan berasas untuk BN dipilih, terpulang.

Adalah amat baik jika cadangan ini di bangkitkan di Facebook PM.

Ipohmalay via E71