Analisis pilihanraya dari blog ini merumuskan bahawa terdapat sabotaj yang agak besar dalam PRK P94: Hulu Selangor oleh masyarakat Melayu. Ini kerana terdapat desas-desus bahawa majoriti senyap penentu undi telah dihasut dengan jayanya melalui cakap-cakap berimbuhkan fitnah dan rekaan semata-mata tentang gerakan protes atas PRK tersebut kerana kehendak majoriti dinafikan.
Namun segalanya nyaris menjadi kekalahan buat BN kerana imbangan sokongan yang diperoleh, dan wajarlah kerajaan bersikap apologetik dalam memujuk pemilih bagi menghadapi PRU13.
Mudah. Senaraikan semua janji dalam pilihanraya tersebut untuk dizahirkan dalam bentuk senaraian yang disasarkan perlaksanaannya, agar bersesuaian dengan pencapaian diutamakan yang telah memalapkan seruan rakyat didahulukan pada pemilihan calon yang lalu. Pendeknya, jadikan ia KPI dalan NKRA. Atau apa saja.
Tak mengapalah. Ini mungkin untuk memberi peluang kepada MIC menunjukkan sokongan undi mereka.
Melihat iklim politik nasional dan kecaca-marbaan Pakatan Rakyat, blog ini yakin bahawa BN mampu menang sekurang-kurangnya 3000 undi majoriti jika calonnya dari UMNO. Mana baki 15,500 pemilih? Mengapa hanya 75% yang mengundi. Maksimum pembuang undi rata-rata 85%. Ini bermakna 6,000 undi purata yang mampu hadir mengundi secara rawaknya telah hilang.
Segelintir rakyat tidak mahu berfikir panjang dan lebih suka berita datang kepada mereka dan bukannya untuk mencari berita. Mungkin kempen tanpa fitnah tidak lagi menjadi pilihan pengundi di sini?