
Tahniah kepada pengundi Cina di Hulu Selangor kerana menghalalkan sikap bermuka-muka dan hipokrit dalam kempen pilihanraya kerana menegakkan kembali hukum dulu-dulu bahawa undi itu rahsia.
Tak kisah la, lu tolong gua , gua tolong lu ka, atau tak payah tolong gua, nanti lu tipu ka.. PRK P94 telah berlalu dan kedudukan Hulu Selangor dalam Dewan Rakyat telah beralih.
Ternyata, jual mahal orang Cina terhadap BN telah diramalkan dan lebih buruk, setelah Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA?
Ini bukan tuduhan melulu kerana ianya hanyalah kebetulan yang tak disangka-sangka. Bak kata sesiapa juga yang berbangsa Cina yang masih mengibar panji bintang kuning atas kain biru itu.
Bunyinya mungkin begini : " Kita tak tau ma.. orang boleh cakap dia suka kita sebab dia tak mau kita benci dia... tapi yang betul mereka suka ialah, orang yang kita tak suka.. sebab mereka kasihan kepada mereka... mereka kasihan kepada orang yang dibenci oleh golongan yang berkuasa.. mereka sudah kaya.. mereka undi ikut suka-suka hati mereka."
Ahh! Atau relevankah untuk kita menyalahkan orang Cina yang hanya sekelumit dari keseluruhan penduduk?
Mengapa tidak diperkatakan tentang keengganan orang Melayu mengundi BN sedangkan kemeriahan kempen, tahap konfidensi, tahap kemeriahan sangat jelas berpihak kepada BN.
Tetapi, ketika seorang sahabat singgah untuk sembahyang maghrib di sebuah masjid, Zaid Ibrahim juga ada di sana. Alu-aluan penduduk di situ ke atasnya membuatkan dialah orang pertama yang berani menyebut keputusan adalah 50-50.
Dan jika melihat pada und, PKR memperoleh 47.86% undi manakala BN 52.14%. Bukankah hampir-hampir sahaja 50-50?
Jangan konfiden seperti ini lagi. Akibatnya amat memeritkan dan merosakkan semangat para bloggers yang berjuang selama 2 tahun kebelakangan ini demi memastikan BN benar-benar mampu berubah. Namun, seburuk-buruk BN, Pakatan Rakyat adalah seburuk perikatan.
Mungkin Raja Putar Alam telah dianugerahi kelicikan yang tinggi hingga meletakkan leher Zaid Ibrahim di tempat sembelihan bagi memperoleh undi protes orang Melayu yang dijangka enggan mengundi calon MIC.
Ini kerana Zaid Ibrahim dipilih ketika BN dalam dilema antara meletakkan calon UMNO sebagai usaha berpijak di bumi nyata dan MIC atas semangat setia kawan walaupun kadang-kadang digigit bak haiwan.
Mungkinkah dengan mendengar nasihat bloggers pembela negara, BN hakikatnya mampu menang dengan lebih cemerlang?
Walau apapun, analisis dari PRK P94 banyak memberi jawapan untuk diformulasikan dalam kempen PRU13 akan datang. Namun, sekali silap, bila-bila masa sahaja boleh silap lagi.