Isnin, Mei 10, 2010

Thai Kena Badi "Serangan Utara"

Punca. Perlakuan kejam tentera ke atas rakyat. 2004

Sejarah mula berulang di kedaerahan Ayodhia, Thailand, daerah di raja yang melambangkan kuasa ke atas kedaulatan negara Thailand pada masa kini berikutan serangan 'Baju Merah' ke atas kota komersil utama mereka, Bangkok.

Seratus tahun lalu, sejarah bangsa Thai yang berasal dari Timur Laut negara itu tercipta ysetelah dengan bantuan Eropah, dibaca Yahudi, mereka melanggar kerajaan Siam Kedah, membuddhakan kawasan yang Islam dan merampas budaya dan khazanah negara tersebut dengan mengakui pemilikan sebuah budaya yang bukan milik mereka dan melakar catatan sejarah yang boleh diragui.

Kurang 30 tahun selepas itu, Pibul Songram, Perdana Menteri Thailand ketika itu, mengubah nama Siam kepada nama Thailand dan sejak itu sejarah Siam berubah terus.

Ulangan sejarah tersebut pada kali ini ialah ' pendudukan ' kumpulan Baju Merah yang merupakan petani-petani dari Utara dan Timur Laut Thailand ke atas kawasan komersil Bangkok.

Jika di lihat sejarahnya, bangsa Timur Laut dan Utara inilah yang pernah menyerang memusnahkan dan menduduki Ayodhia yang asalnya dibina oleh pemerintah Islam Siam kurang 300 tahun lalu dan proses tersebut tidak pernah terhenti di situ.

Bayangkan 'kekuasaan utara' yang ada pada semangat Thailand itu apabila dalam negara mereka, seolah-olah, semakin Selatan anda berada, maka semakin buruk nasib yang bakal menimpa anda.

Ingatlah kita tentang tragedi Tak Bai yang meragut ratusan nyawa 6 tahun lalu akibat kekejaman tentera Thai ke atas pelajar-pelajar Islam yang berhimpun secara aman.

Dan bandingkan pula dengan kepondanan tentera Thai dalam menangani perhimpunan ganas Baju Merah hari ini. Malah dengan mudah tentera Thai menjadi mangsa bunuh rakyat mereka sendiri seperi mentimun yang dihempap durian.

Ini jelas sekali menunjukkan ironisme yang ada pada negara Thailand itu sendiri. Sikap tidak konsisten, adakala kejam, adakala pondan, merupakan sesuatu yang sukar difahami.

Atau mungkin budaya 'takutkan badi Utara' telah tertanam di jiwa penguatkuasa undang-undang di Thailand akibat dari apa yang telah orang-orang Utara ini lakukan ke atas pemerintah Islam Siam satu ketika dulu.

Hakikatnya kalau begitu, mereka sedang takutkan bayang-bayang sendiri.


Karma. Perlakuan kejam rakyat ke atas tentera. 2010.