Rabu, Mei 19, 2010

Syurga Buat PAS Yang Menyokong Golongan Zimmi Pembelot?

Pernah satu ketika pada tahun 2005, penulis melihat forum-forum internet di Myspace yang membincangkan tentang Islam dipenuhi oleh orang bukan Islam dari negara ini yang menentang definisi 'Dhimmi' atau Zimmi yang dikategorikan ke atas mereka di negara ini.

Sistem negara ini, walaupun sekularisme nya diubah corak agar lebih ke arah Islam mentakrifkan cukai zimmi ke atas bukan Islam yang menetap di negara ini melalui beberapa sistem yang disebut menang-menang.

Dalam forum tersebut, rata-rata penentang kategori ini adalah mereka yang mencerca kerajaan pemerintah dengan menyebut Malaysia sebagai negara orang Islam yang mendiskriminasi mereka dengan mengenakan cukai zimmi melalui teknik mengistimewakan Islam dalam banyak perkara.

Ada juga yang menyebut, di Malaysia, orang bukan Islam dialu-alukan untuk menjana ekonomi dengan cemerlang kerana semakin besar pendapatan mereka, maka semakin besarlah cukai ke atas mereka dan itu merupakan cukai zimmi di dalam sekularisme ala Malaysia. Hal ini membuatkan Malaysia tetap dianggap negara Islam oleh ilmuwan Islam walaupun banyak orang Islam yang bodoh dalam Malaysia, mempertikaikannya.

Orang Islam bodoh ini menyokong Lim Kit Siang dan dinastinya yang pernah bermati-matian mengadakan kempen menentang tarikh 29 September 2001 di mana pada tarikh itu, mantan PM, Mahathir Mohamad menyebut dengan lantang, Malaysia merupakan sebuah negara Islam.

Kempen Lim Kit Siang ini meliputi serata negara hingga poster-poster NO TO 929 tertampal di merata ceruk termasuk pasar-pasar.

Inikah kafir zimmi? Kafir Zimmi merujuk kepada orang bukan Islam yang menetap dalam negara Islam, mendapat kerakyatan, membayar cukai yang ditetapkan dan mendapat jaminan keamanan daripada pemerintah Islam berdasarkan perjanjian yang dipersetujui.

Apakah DAP tergolong dalam golongan ini sedangkan dasar asas perjuangan mereka ialah untuk menghapuskan definisi zimmi ke atas mereka dan menentang Islamisasi sistem sekular yang dianggap tinggalan penjajah oleh golongan PAS. PAS telah menghalalkan sesuatu yang kotor demi matlamat perjuangan mereka, merampas tampuk kuasa, dan natijah dari rampasan tersebut, sekiranya berjaya, telah dapat diteka.

Apakah orang Islam yang bodoh-bodoh dalam negara ini dengan mudah melupakan sejarah yang berusia tidak sampai 10 tahun? Atau sebenarnya, Islamkah golongan Islam yang bodoh-bodoh itu?

Tidak perlu mengulas panjang kerana hari ini, kita dapat lihat kutololan PAS semakin menjadi-jadi dengan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi ke atas DAP.

Sejarah membuktikan kejatuhan Andalusia adalah akibat pembelotan kafir zimmi yang pada mulanya dilindungi oleh pemerintah Islam dari penindasan Kristian setelah mereka bertindak salah, memberi kepercayaan yang berlebihan ke atas kafir harbi berbaju zimmi ini.

Tapi di negara ini, mereka enggan mengaku zimmi. Maka jatuhlah mereka kepada golongan harbi. Memang mereka tidak dilihat bertolong-tolongan dalam menghapuskan umat Islam dengan pertumpahan darah. Namun mereka bertolong-tolongan menghapuskan umat Islam dalam soal akidah.

Akidah? Akidah apa yang terpakai jika terlalu ramai orang Melayu di Kelantan sudah hanyut dalam kesesatan. Gambar Nik Aziz terpampang sebesar dinding. Yang kurang cuma buah limau, colok dan setanggi. Islam apakah yang mengizinkan unsur pemujaan ke tahap itu?

Jika PAS kini bersama kafir pembelot ini hari ini, jaminan tok guru sesat manakah yang terpakai lagi? Undi PAS bukan untuk ke syurga. Kini, undilah PAS untuk ke syurga/neraka* ?.

*Potong yang mana tidak berkenaan.