Jumaat, Mei 21, 2010

Muktamad: Ipohmalay MENENTANG Judi Bolasepak

Isu judi bolasepak terus diperkatakan. Hakikat itu sekali lagi membuatkan kecamuk pertelagahan orang Melayu menjadi lebih rumit.

Umum patut tahu bahawa kaum Cina menyokong DAP kerana MCA tunggang-langgang. Lim Kit Siang berjaya mengkocak cangkir basi MCA dan menyemarakkan bau basi tersebut.

Ahli Parlimen Rasah telah membidas isu judi ini dan mengukur ianya dari sudut ancaman ah long. Melayu PAS menjustifikasikan ia dengan syariat Islam manakala PKR memilih apa saja kesan dari pertelagahan bercorak cross-examination ini.

Cina telah sepakat dalam isu ini untuk diam. Hanya suara ahli parlimen Rasah yang cuba berlakon Islamik sebagai wakil bersorak di barisan parti yang mewakili Islam.

Hakikatnya, pemberian lesen judi bolasepak sama sekali tidak menghalalkan judi ke atas umat Islam. Jika arak dan babi dipermitkan kerana mengelakkan ada pihak yang membuat urusan wang haram di sebalik pengharaman tersebut.

Sejarah membuktikan Al-Capone menjadi lanun di Chicago pada saat arak di haramkan di Amerika Syarikat pada tahun 1920an. Keuntungan dari kepayahan untuk mendapat satu kebebasan akan mencetuskan pemberontakan.

Hakikatnya, pemberian lesen tersebut akan mengekalkan arahan untuk tidak menjual pertaruhan kepada umat Islam seperti ejen judi yang lain. Namun, penguatkuasaan ke atas perkara ini tidak ada.

Jika ada tangkapan dibuat ianya hanya mendekatkan golongan penjudi ini ke perjudian haram.

SEPATUTNYA, PENJUDI-PENJUDI INI WAJAR DI BAWA KE MASJID UNTUK DISEKOLAHKAN SEMULA. TETAPI PENGANUT PEMECAH PERSAUDARAAN YAKNI PAS, MEMILIH MASJID DITUKAR FUNGSI KEPADA MEDAN POLITIK. Dakwah? Atau kerbau sawah? Itu bukan urusan kita.

Oleh kerana 80% orang Melayu Islam dinegara ini masih mahu kerajaan menjaga tatalaku mereka, maka wajarlah JUDI BOLASEPAK TIDAK DILESENKAN. Mereka mungkin tahu yang jika ianya wujud, maka tahap keimanan yang mereka sengaja tiadakan itu akan membawa mereka ke sana.

Adalah fitnah dan BERDOSA MENYEBUT KERAJAAN MENGHALALKAN JUDI kerana enakmen sedia ada TIDAK AKAN MEMBOLEHKAN JUDI DIHALALKAN UNTUK UMAT ISLAM. Tetapi untuk bukan Islam, mereka tidak tertakluk dalam soal halal haram selagi mereka tidak memeluk Islam. Mereka juga enggan 'tertakluk'.

Paling di sebut, sistem kerajaan yang ada hari ini tidak akan bersama manusia di hari akhirat.

Sebagai pengikut ahli Sunnah Wal Jamaah, WAJARLAH SAYA MENGIKUT PENDAPAT MAJORITI INI MENENTANG JUDI BOLASEPAK walaupun saya mengetahui tindakan saya ini menggalakkan mereka lalai untuk mencari sendiri di mana tahap iman mereka dengan sebenar-benar mencari. Mereka akan terus menempuh kehidupan menanti polemik baru berkaitan bangsa mereka.

Padahal, kalau nak berjudi, internet dan kad kredit dah lama ada.