Rabu, Jun 02, 2010

PAS Pemain Opera Zionis Di Malaysia

Menurut Israel, mereka adalah pencinta keamanan. Atau dengan kata lain 'peacemaker'. Bagi menyesuaikan kenyataan di atas dengan firman Allah, blog ini memperlihatkan petikan maksud Surah Al Baqarah dalam bahasa Inggeris ayat 11 dan 12 yang bermaksud :

[11] When it is said to them: "Make not mischief on the earth," they say: "Why, we only want to make peace!" [12] Of a surety, they are the ones who make mischief, but they realise (it) not.

Jelas, tindak tanduk Israel telah lama diingatkan dari zaman ke zaman, dari generasi ke generasi dan terpakai dalam apa juga tindakan mereka di lapangan baik ketenteraan mahupun perniagaan.

Betapa sukarnya untuk berzakat dan bersedekah buat penduduk bumi Gaza yang hakikatnya, turut ditindas saudara seislam yang memerintah Mesir. Sempadan Mesir - Gaza telah lama ditutup dan Gaza dikatakan menjadi penjara berlangit terbesar di dunia sejak setahun setengah yang lalu.

Penindasan orang Islam ke atas orang Islam ini turut menjadi amaran buat masyarakat Islam seluruh dunia.

Telah diriwayatkan bahawa umat Islam ketika akhir zaman adalah buih-buih laut yang hampas kerana hati mereka tidak dibekalkan dengan semangat untuk bersatu. Namun, kebangkitan syiar Islam di hujung akhir zaman pastinya bertitik tolak dari semangat cintakan penyatuan yang ditiupkan ke dalam hati masing-masing.

Persengkongkolan dengan puak kafir dengan kapasiti yang menunjukkan tiada siapa mengetuai sesiapa seperti Pakatan Rakyat adalah bukti besar bahawa pemegang kunci perpecahan umat ialah dari pihak PAS yang ketika ini menutup mata dengan fakta ketidaksesuaian mereka untuk berjuang atas ihsan puak kafirin.

Inilah buih-buih hampas yang dimaksudkan.

Menyerapkan diri dalam perjuangan yang lebih liberal terhadap pegangan Islam (tetapi mengaku Parti Islam) adalah titik tolak kepada kemusnahan jiwa dan pertimbangan akal waras sekumpulan Islam itu, dari dalam dirinya. Pakaian tidak melambangkan keimanan.

Mereka menebalkan kebencian terhadap sebahagian Islam yang lain atas dasar politik dan anehnya, perjuangan mereka bagi mendaulatkan Islam dipandang sepi oleh sahabat-sahabat mereka.

Mereka enggan dan benci melihat sekumpulan umat Islam lain mengepalai sesebuah pemerintahan dan mereka menyokong perikatan yang tidak diketuai sesiapa. Pada saat golongan itu mempertahankan 'keketuaan Islam atas kerajaan', mereka-mereka ini membantu untuk memusnahkan agenda turun-temurun itu dengan kesamarataan kuasa.

Jadi, keberantakan umat Islam di Malaysia yang setakat ini baru diterjemah dalam bentuk laungan politik adalah hakikatnya, CETUSAN puak-puak yang bergembira di dalam Pakatan Rakyat.

Dan ini agenda siapa? Bukankah ia agenda, cita-cita dan harapan besar golongan pemain opera dari 'tanah yang dijanjikan" demi melihat tiada penyatuan di sebelah Timur dalam soal politik Islami?

Siapa yang bersama mereka? UMNO atau PAS?