Jumaat, Jun 25, 2010

Mengikut Al-Quran, UMNO Itu Keamanan?

Nanti dulu saudara pembaca sekelian. Jangan misinterprate tajuk tu. Baca dulu. Ini bukanlah kisah bidaah jahat. Ini sekadar renungan atas sebuah kebetulan sahaja. Tapi kebanyakan cerita, perkaitan, hal-hal yang tidak diketahui oleh dangkal fikiran manusia seringkali dinampakkan setelah hijab diselakkan untuk mereka yang mahu melihat.

Contohnya UMNO menamatkan kekejaman Bintang Tiga ke atas orang Melayu Islam di Malaysia yang mana Bintang Tiga telah membunuh hampir 10,000 orang Melayu yang terdiri dari ketua-ketua masyarakat dan ilmuwan agama lebih kurang 60 tahun lalu. Bukankah itu bukti keamanan?

Contoh lain pula, pemerintahan UMNO walaupun dicerca dan dihina kerana keberterusan bersinambung hingga lebih separuh abad oleh golongan yang "tidak percayakan Allah" (sebab itukan takdir Allah Yang Maha Bijaksana), hakikatnya membuatkan datangnya keamanan dan dari keamanan itu ekonomi dapat dijana walaupun atas prinsip kapitalis ciptaan Yahudi sehinggakan banyak masjid-masjid di bumi Malaysia dibina oleh pemerintah (walaupun kosong di sesetengah kawasan, menjadi medan menyerang si pembina pula di sesetengah kawasan lain).

Jika kita menolak ciptaan Yahudi mentah-mentah saudara, kita seharusnya terus menaiki kapal laut untuk ke Makkah melalui pelabuhan Jeddah. Ini kerana kemajuan industri aeronautik yang memastikan terjaminnya keselamatan pengangkutan udara semuanya datang dari makmal yang dikuasai para pemikir Yahudi. Ilmu yang ada pada Yahudi itu ilmu Allah saudara. Sedarlah! Begitu juga not-not yang digunakan sebagai bernilai wang hari ini. Jika kita tolak mereka, kita perlu menempa emas untuk dijadikan syiling-syiling yang sah diperlakukan dengan nilai. Wang ketas RM50, kos membikinnya RM5 je saudara sekelian. Itu bukan satu bentuk perlakuan dengan nilai.

Cukup untuk kisah Yahudi. Sebenarnya, apakah yang membuatkan UMNO mendapat cela kebelakangan ini? Benar, kehendak Allah jualah yang mendatangkan apa-apa ujian ke atas apa-apa pada sesuatu apa pun. Tetapi hikmah Allah membawa kepada kaedah datangnya celaan itu. Tiada kerosakan yang akan berlaku melainkan akibat tangan manusia sendiri.

Ya. Jawapannya pemegang tampuk pemerintahan itu. Jika ianya dirampas oleh golongan yang tidak menegakkan hukum Allah, mengapa 'KEAMANAN' yang menjadi mangsa. Mengapa tidak dirampas 'KEAMANAN' dari mereka? Kebanyakan yang bertempik maki sindir caci hakikatnya adalah golongan yang takut dan keberanian mereka hanya dijari-jemari sahaja.

Bukankah UMNO itu merupakan pemberian Allah ke atas umat Islam yang di dalamnya terdiri dari 98% orang Melayu dan di dalam orang Melayu, terdirilah 100% Islam mengikut perlembagaan. Memang ada Melayu yang murtad dan secara hikmah Allah, ciptaan manusia jugalah yang membuatkan Melayu yang keluar Islam tidak boleh diiktiraf sebagai Melayu lagi mengikut perlembagaan sekular.

Maka manakah dalil yang menyebut UMNO itu adalah keamanan? Usahlah terperanjat saudara-saudara. Perkara ini jika disengajapun, tidak ada kena mengena dengan apa yang kita boleh tetapkan sebagai fakta. Anggaplah ia sebagai kebetulan.

Bagaimana kita menyebut 'UMNO' adakah 'umm-noh' atau 'amm-noh' ??? Dan pada sesetengah mulut, bukan sedikit, malah ramai, kita akan terdengar sebutan 'amm-nu'.

Bukankah dalam bahasa Arab halus sendiri 'amm-nu' itu bermaksud aman/keamanan? Menutup kisah tersebut marilah kita perhalusi petikan Surah Al-An'aam ayat 82 dan 83 yang berkait dengan kisah Nabi Ibrahim alaihissalam.



Bukankah Allah telah berfirman bahawa Al-Quran itu diturunkan dengan bahasa yang mudah agar dapat difahami oleh segenap lapisan manusia. Kebanyakan manusia difirmankan sebagai gemar memperselisihkan ayat-ayat Allah tanpa mereka pedulikan keterangan tersebut.

Jika bagi sesetengah orang yang mahu berfikir, bukankah 'keamanan' itu telah menjadi satu pentas yang disediakan. Cuma pemainnya sahaja yang tidak kena. MENGAPAKAH PENTAS CAMPUR-ADUK AHLI KITAB YANG KAFIR, MUSYRIK DAN ATHEIST YANG JUGA CIPTAAN YAHUDI jugalah yang dipilih oleh sebahagian orang Melayu Islam di negara ini yang jelas demi keuntungan yang sedikit sehingga apabila ayat-ayat Allah diperolok-olokkan oleh seorang Kristian berbangsa Cina di Taiping, ianya menjadi sorakan gempita kaum yang rugi itu?