Ahad, Julai 04, 2010

Saya Tinggalkan UMNO Tambun

Cukuplah dengan apa yang saya alami di Mesyuarat Perwakilan Pemuda Tambun. Walaupun ucapan penangguhan itu dah saya 'tempah' sejak lama dulu, disebut sebagai permohonan berucap 'last minute'. Tetapi ada mulut yang menyebut, mereka takut saya menghentam Mazlan, si pemangku Ketua Pemuda.

Takkanlah saya sebodoh itu? Mengapa mereka berfikir sebodoh itu? Jadi, siapa yang tidak cerdik?

Memang nak dijadikan cerita, saya berhajat bertukar ke Bahagian Putrajaya dan itu bakal menjadi kemunculan terakhir saya di situ selepas 10 tahun mengikuti dengan penuh minat terhadap UMNO Bahagian Tambun(bukan minat terhadap politik exco dan perebut jawatan).

Ditakdirkan lagi, Ketua Pemuda Putrajaya, Tun Faisal pun ada. Dia tak kenal saya. Saya je kenal dia. Walaupun dia ada menyiarkan tempelak saya terhadap Hindraf dan Tony Pua satu ketika dulu di web Pemuda Malaysia. Lebih sedih, sokongannya tidak berbelah bagi terhadap Mazlan.

Tiada buruknya Mazlan. Cuma pendek dan mahal senyum je. Tapi kalau kuat kerja, tak mengapa. Sokong. Buat kerja. Tapi kalau syok sendiri dan dahagakan pujian, itu bertentangan dengan Presiden parti yang sangat terbuka demi satu transformasi.

Namun pemuda UMNO Tambun dijauhi orang muda. Itu realitinya. Saya pernah mendaftarkan seorang jurutera mekanikal. Dia mencela puak pemuda 'syok sendiri'. Tetapi masih sanggup mengisi borang. Siapa yang syok sendiri?

Mereka ialah segolongan yang dianggap liabiliti ke atas parti, berseronok-seronok dengan drama mereka dan tidak peduli dengan kerja presiden. Mereka terperangkap dengan elitisma tanpa asas! Program yang dianjurkan diisi dengan remaja tepian jalan yang dicekup untuk memeriahkan acara. Skuad pemuda Tambun berdegar-degar, tetapi budak-budak Taman Perpaduan pasang poster sampai Jelapang. Mana orang muda mereka?

Tahap syok sendiri mereka boleh dilihat dengan sepanjang 10 tahun saya rapat dengan pemuda Bahagian dan ramai yang dah senior hari ini, dan empat kali berucap di rostrum penangguhan, ada exco yang bertanya saya dari cawangan mana.

Jika sesama perwakilan muka lama berkarat pun tak kenal, apa lagi ahli luar sana? Dan pada hujung jari kaki mana pulaklah letaknya masyarakat luar sana. Itu adalah narsis berkumpulan takrifannya. Liabiliti untuk parti.

Puak ini dijauhi golongan muda. Tetapi kini mereka sangat berkuasa (dalam dunia mereka). Untuk mengundi selain dari UMNO, itu tidak mungkin bagi saya.

Untuk ke Bahagian Putrajaya, saya rasa saya tak diperlukan. Jadi lebih baik bertukar daerah mengundi ke Putrajaya dan andai UMNO Tambun gugur, saya sebagai pengundi UMNO di sana tidak menjadi ralat.

Dan sekiranya UMNO Tambun menang, saya tidak sanggup melihat segolongan puak berbangga bahawa mereka 'buat kerja' sedangkan manfaat mereka langsung tiada. Hanya populariti presiden semata-mata. Untuk melihat muka pun sudah ada rasa tidak suka, apatah lagi untuk melihat mereka mendabik dada.

Sebagai pengundi UMNO, saya berhak mengkritik sedikit mana-mana yang masih belum bergerak bersama agenda presiden. Maka, sedarlah. Salam.