Selasa, Julai 06, 2010

Wakil UMNO Tambun Warning Saya?

jati T.Perpaduan said...

Ass'kum, kita kadang2 terlalu meletakkan sesuatu mengikut kehendak dan kepuasan diri sendiri sehinggakan apa yang dilakukan oleh orang lain semua tak kena, sedangkan orang bersusah payah untuk bangunkan segala2nya.Dan kadang2 kita terlupa bahawa penulisan kita menyumbang kepada kejatuhan parti sendiri, kerana sikap orang UMNO suka menghentam kawan dalam parti sendiri yang kadang2 tak perlu untuk kita buat.Dan adakala nya apa sangat sumbangan kita pada UMNO Tambun, dan mungkin sikit sebesar huma saja, tapi kalau sikit pun jika kita sokong untuk kekuatan maka sumbangan yang sikit kita itu mungkin boleh menguatkan UMNO.berhati2 lah menulis...

July 6, 2010 2:59 PM


Ulasan

1. Ass'kum, kita kadang2 terlalu meletakkan sesuatu mengikut kehendak dan kepuasan diri sendiri sehinggakan apa yang dilakukan oleh orang lain semua tak kena,

Kehendak dan kepuasan sendiri? Apakah dengan menegur Pemuda Bahagian itu maknanya kepuasan diri? Apakah dengan merelakan exco mentah mendominasi jawatankuasa tanpa diri saya ini saya diletakkan dalam permainan berebut-rebut itu disebut mengikut kehendak dan kepuasan sendiri? Apakah tuan bercakap di depan cermin? Di hadapan refleksi wajah tuan sendiri? Yang merupakan kehendak diri dan kepuasan diri saya ialah untuk melihat UMNO bangkit dan mencorak jalan yang baru dan lebih terbuka seperti yang dilakukan Presiden. Jika itu tiada pada diri tuan, jauhilah parti.


2. sedangkan orang bersusah payah untuk bangunkan segala2nya.

Jika mengaku bersusah payah membangunkannya, mengapa enggan ditegur apabila tuan dan geng tuan bersusah payah meruntuhkannya. UMNO dibangunkan pada 1946. Sebelum Ketua Bahagian lahir lagi. Kalau tuan berjaya mengumpul ahli menguatkan UMNO Tambun, itu kerana populariti UMNO Pusat. Bukannya puak juak tuan. Nampaknya mimpi tuan terlalu dalam untuk dihuraikan. Ingat, saya mengumpul pandangan di luar perimeter parti. Dan itu indikasi yang perlu saya sampaikan. Jika mahu menutup mata dan telinga, tinggalkan parti dan terjunlah ke lombong. UMNO bukan Persatuan Belia yang sewenangnya tuan daftar dan milik puak-kan.


3. Dan kadang2 kita terlupa bahawa penulisan kita menyumbang kepada kejatuhan parti sendiri, kerana sikap orang UMNO suka menghentam kawan dalam parti sendiri yang kadang2 tak perlu untuk kita buat.

Ini antara lambang keselesaan, nyenyak tidur dan keseronokan bermain tahi sendiri. Mesyuarat Perwakilan adalah platform sebenar. Blog adalah platform alternatif. Bila platform sebenar ditutup, hak siapa untuk menutup platform alternatif saya? Phoenix dikatakan pernah bangkit dari abu, tetapi abu apakah itu? Abu kesan dari kemusnahan sesuatu atas perilaku sendiri. Jika sumbangan disebut sekecil huma, mengapa tentangan dibayang sebesar garuda? Itu namanya phobia terhadap diri sendiri. Takut untuk diketepikan. Padahal beribu yang lebih layak dinafikan peluang. Bukan saya! Saya sendiri tak berminat. Tetapi ramai golongan profesional bukan penjawat awam di luar sana. Itu lebih baik memimpin dari penjawat awam yang penuh konroversi.Kalau kita tak perlu menghentam, kita perlu dodoikan lah? Tak begitu? Jika didodoikan, maka parti rosak, dan itukah yang tuan mahu? Tuan sendiri tak layak berada dalam UMNO.


4. adakala nya apa sangat sumbangan kita pada UMNO Tambun, dan mungkin sikit sebesar huma saja, tapi kalau sikit pun jika kita sokong untuk kekuatan maka sumbangan yang sikit kita itu mungkin boleh menguatkan UMNO.

Mengapa sebesar huma (mungkin yang cuba disebut ialah 'hama')? Sebab UMNO Bahagian itu sebesar tungau kah? Terlalu kecil kah? Dalam dunia sendiri kah? Yang pasti, jentera Pemuda Bahagian berdegar-degar menyebit persiapan pilihanraya tetapi TIDAK melakukan 'aktiviti yang memberi kesan signifikan' ke atas corak pengundian. Rapsodi PRU13 bagi mereka ialah mengatur nama-nama seenakknya untuk jentera pilihanraya. Ini menakutkan. Ketakutan saya yang tulis ini saya mahu terjemahkan di mesyuarat perwakilan supaya kegemilangan dapat ditempa oleh UMNO Bahagian. Itu kepuasan diri sendiri saya. Tidak perlu jawatan exco yang tidak disukai ramai. UMNO bukanlah di dalam zon selesa. Tetapi jika dilihat Pemuda Tambun, mereka selesa seolah menguasai dua pertiga di Dewan Rakyat. Jika jahanam UMNO Tambun, pasti akan ada mulut menyebut "kenapa tak tegur kami". Macammana nak tegur, kalau kata-kata sinis begini dah dapat warning. Itu yang saya katakan, UMNO Tambun syok sendiri.


5. berhati-hatilah menulis..

Jika saya tidak tempelak, siapa lagi. Jika saya berhati-hati, maka berdengkurlah jentera muda parti. Sekarang terimalah akibat dari perbuatan sendiri. Dahulu saya bela sebaik mungkin walau telah banyak suara mengeji Pemuda Tambun. Apabila terkena pada batang hidung sendiri, saya berani katakan jawatankuasa Pemuda Tambun hanyalah sampah tua. Koresponden dari tinjauan rambang ramai yang sukakan UMNO, tapi bencikan elitisme Pemuda Tambun. Ini membuatkan undian mereka dibuat sesedap rasa. Melihat muka tak semiak di malam sebelum mengundi boleh menukar undian mereka esok pagi. Fikirkanlah. Dalam diri mereka tiada roh perjuangan parti. Jika UMNO Tambun menang, itu adalah populariti presiden semata-mata. Tak layak dibanggakan oleh UMNO Tambun. Jika saya tidak dibenarkan membawa ketakutan ini ke dalam Pemuda Tambun, bukankah itu menunjukkan Pemuda Tambun sudah terlalu selesa? Terlalu nyenyak tidur? Mazlan sendiri 'lari' ketika diserang hujah oleh pembangkang pada PRU 12. Itulah ketuanya sekarang. Itulah mimpi hasil dari Pemuda Tambun yang tidur. Saya tak akan bercakap lagi mengenai Pemuda Tambun. Tapi akan ada ramai lagi yang akan mengupas.

Jika bulan lepas pekebun India di Chemor (dalam parlimen Tambun) dibela oleh DAP Canning dan DAP Buntong dan tersiar di Utusan Malaysia (lidah UMNO) itu kerja siapa? Pemuda tidur? Atau ada pemuda berjalan (dengan niat tak baik) ketika orang lain tidur?

Untungnya saya ialah saya menerima input dari semua jenis golongan penyokong politik dan bila terdapat natijah dari pengamatan saya, saya hendak berkongsi. Namun Pemuda Tambun mengambil dasar tutup pintu. Asyik dengan dunia mereka tak sampai seratus orang itu. Atau 0.0015% dari keseluruhan pengundi yang akan diseru mengundi calon UMNO nanti. Memalukan. Sekarang, siapakah yang huma? Siapakah yang berlagak seperti garuda walaupun sebesar huma?

Teruskanlah mimpi indah tuan sebelum terjaga bila jatuh dari katil. Saya tahu siapa tuan yang menulis komen itu. Saya kenal tulisannya, dan kenal orangnya. Walaupun ada silap tuan ke atas saya, saya maafkan, saya hormati. Saya bukan exco pemuda yang sewenangnya kehilangan memori terhadap seseorang perwakilan walaupun telah banyak kali bertemu.

Nasihat didengar di telinga kuali
Fakta dilihat di mata siku
Pejuang pergi pasti kembali
Setelah hantu mati berteleku


Saya bukan orang kecewa yang akan menghuraikan kejelekan individu walaupun ada kisah-kisah yang saya anggap itu urusan si pelaku dengan Penciptanya. Saya hanya menegur attitude. Jika menegur attitude pun sudah rasa nak terkencing dan terberak, maka adalah salahnya yang perlu diperbetul.

Sebenarnya, tuan lah yang patut berhati-hati jika menulis. Saya menulis kerana cintakan parti. Bukan cintakan puak tuan. Jika tuan berhasrat menjadikan exco UMNO itu sebagai keluarga (yang menutup pintu atas kritikan), tak sapa akan menyokong parti keluarga. Ini bukan politik zaman tok kaduk. Lagipun saya dah tak hadap nak ambil tahu apa yang terjadi di Tambun buat masa ini. Biarkan luncai terjun dengan labunya. Terima kasih.

UMNO Tambun Mencari Papan Lapis, Bukan Pelapis

Papan lapis dan pelapis adalah dua perkara berbeza dalam politik. Pelapis diperlukan demi parti manakala papan lapis diperlukan demi diri sendiri. Orang yang mencari papan lapis tidak mempedulikan parti dan senang jika runtuh parti tersebut dan mudah untuk dia ke parti lain untuk mencari papan lapis. Boleh diduduk, boleh diteduh, tetapi bila dah buruk, dibuang dan dibeli papan yang lain.

Orang yang mencari pelapis pula ialah orang yang dengan rendah diri, bercakap benar mengenai pejuangannya ke atas parti dan survival bangsa. Dia mahukan pelapis yang benar-benar mampu memperkasakan parti di masa depan. Rektorik ucapan bahas dan penggulungan perwakilan UMNO Tambun kelmarin pandai bermain ayat-ayat ini walaupun membaca teks dengan terketar. Maksud ayat tersebut pun belum tentu mereka fahami. Disiarkan ucapan penangguhan saya yang tidak terucap :

Terima kasih pengerusi tetap, barisan exco, wakil-wakil, dan para perwakilan sekelian. Tambun mempunyai 65,000 pengundi. Kita di sini hanya ada lebih kurang 100 orang. Tolak yang datang tapi tidur nyenyak dan sibuk SMS, entah berapa kerat yang tinggal. Walaupun Melayu cuma 63% dalam parlimen ini, apabila dipertanggungjawabkan untuk memastikan kerusi UMNO kekal, kita perlu letakkan KPI kita melebihi sasaran. Bermakna, setiap kita perlulah untuk mendekati tidak kurang 650 orang pengundi. Tetapi apa yang kita buat dua tahun kebelakangan ini? Saya dapat dengar ada perkara-perkara yang tak elok telah membuatkan populariti UMNO semakin merosot di Tambun kebelakangan ini, dan itu perlulah kita segera atasi. Tambun bukan hak mutlak UMNO. Kawasan kita ini pernah dikuasai Parti Sosial dan PPP setengah abad yang lalu. Jika kita tidak menggariskan indeks pencapaian dan terus lalai, sibuk mengadakan agenda tersembunyi mahupun nyata dalam perlawanan merebut jawatan dalam parti, kita akan menjadi liabiliti buat UMNO. Saya berharap pemangku Ketua, saudara Mazlan, akan merubah dan berupaya memacu jentera pemuda Tambun yang telah ketinggalan. Sekian terima kasih.

Saya tidak bodoh. Orang yang memilih singa yang liar tetapi memusnahkan untuk menjadi pemimpin pelapis adalah bijaksana berbanding orang yang menggantikan singa dengan anjing yang hanya pandai menggonggong, menjilat dan memilih untuk berada dalam keadaan selesa sepanjang masa, memilih untuk menjadi liabiliti kepada parti dan berencana untuk menjatuhkan orang lain mengikut sedap perut mereka.