Sabtu, Julai 10, 2010

Kg. Baru Menunggu Kesilapan Melayu Titiwangsa

Melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, terkini, Kg Jalan Pokok Asam, Jelutong, menjadi mangsa kapitalis imperialis Pakatan Rakyat terhadap jajahan mereka.

Hanya kerana harga tanah, petempatan India dan petempatan Melayu di sebuah negeri rejim Hokkien dipajak kepada pembangunan yang mengisi kantung politikus dan kronimoni mereka.

Walaupun tindakan ini mencetus polemik perkauman yang menjadi kudis, DAP tidak mempunyai belas ihsan terhadap bukan-Cina.

Amat pelik untuk mendapati longgokan rumah kayu yang menjulur ke laut dengan jeti-jeti persendirian milik keluarga yang betul-betul berdekatan pengkalan feri dibiarkan. Kerana mereka adalah Cina!

Lebih malang, tiada jagoan Melayu Islam dalam Pakatan Rakyat berani campur tangan walaupun Melayu di Pulau Pinang mencecah 45%. Mana PAS, mana PKR? Pengecut semuanya.

Jika PAS dipilih pengundi Titiwangsa dan menjadi takdir, negara jatuh ke Pakatan Rakyat walaupun berbeza 1 kerusi, siapa yang berani jamin yang harga tanah Kg. Baru tidak mendatangkan nafsu usir mengusir yang ada dalam otak DAP.

Pengajaran telah diberi dengan apa yang berlaku di Perak, bagaimana majoriti tipis membuatkan kapitalis DAP berjaya memacaikan anak Melayu bertaraf jurutera profesional untuk mengaut untung sementara macainya "stirring shits" dengan sentimen kebencian.

Hakikat Cina pandai berniaga dan Melayu hanya pandai beremosi dengan sentimen akibat kebusukan hati individu adalah tetap. Salah langkah, bukan sahaja Kg. Baru, Kg. Datuk Keramat, Padang Balang, Kg. Kasipillay, semuanya akan diluluhlantakkan sewenangnya.

Kawasan-kawasan ini mempunyai nilai terkumpul yang membolehkan pemburu nafsu kekayaan mendapatkan keuntungan buat berberapa belas keturunan dalam masa yang amat singkat.

Melayu perlu belajar semula cara berpolitik.