Jumaat, Julai 16, 2010

Oh Malaysia! Rakyatmu Mentah, Manja & Tolol(?)

Memalukan apabila rakyat negara ini mendabik dada berbangga bahawa mereka serba-serbi cukup dan sempurna berbanding rakyat Indonesia dan Thailand tetapi hakikatnya PEMIKIRAN MEREKA LEBIH MUNDUR dari rakyat dua negara tersebut.

Sudahlah dicop sebagai rakyat negara yang tidak kompeten (kerana disubsidi ) oleh penganalisis ekonomi, kali ini mereka marah-marah apabila kerajaan mengambil langkah berjimat cermat dengan menyelaraskan subsidi.

Sesetengah anak tak kenal untung dalam negara ini mendabik dada bahawa mereka membangunkan kekayaan mereka tanpa bantuan kerajaan. Memalukan. Apabila mengaut keuntungan dalam iklim ekonomi yang terus-terusan disubsidi, PATUTKAH mereka berbangga?

Tidak malukah kita apabila rakyat Indonesia, Filipina dan Thailand lebih menyedari hakikat ekonomi semasa dan mereka lebih berdaya saing dari kita? Kekayaan mereka dikalangan penduduk negara mereka memang benar-benar tidak berdiri atas subsidi kerajaan.

Selama mana lagi kerajaan harus membiarkan 'anjing-anjing' pembangkang menyalak sedangkan pada masa yang sama bergantung makan pada subsidi yang merugikan negara.

Rakyat Malaysia jelas belum matang dalam segala segi. Tidak mustahil Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam akan memintas negara ini yang memiliki rakyat yang dungu ekonomi, tolol politik dan hidup bergantung harap pada subsidi.

Dengan para peniaga makanan di negara ini yang 90% dari mereka memohon untuk ke neraka, kita boleh lihat bagaimana petrol yang mahal di Indonesia dan Thailand tidak membuatkan sepinggan nasi melebihi RM4.00.

Di negara ini, petrol, gula, tepung yang dikawal kerajaan pun menghasilkan anak-anak haram yang berniaga nasi sehingga RM5 hingga RM6 sepinggan! Masakan perlu kerajaan mengawal harga ayam goreng, kari kambing, kuih koci dan sebagainya? Bukankah rakyat negara ini kelihatan sangat mentah dan tolol?

Kecemerlangan negara adalah berkadaran dengan pendapatan negara itu sendiri. Membantah usaha meningkatkan pendapatan negara HAKIKATNYA adalah sokongan kepada keruntuhan kegemilangan ekonomi dan ketamadunan negara ini yang pernah dikagumi oleh rakyat negara-negara jiran.

Patutlah PAS pernah menyebut mereka akan jual Putrajaya apabila memerintah. Ini kerana mereka sendiri dapat ramalkan betapa muflisnya negara ini apabila mereka memerintah!

Paling banyak menyalak dalam isu ini ialah golongan yang tidak pernah ke luar sempadan negara untuk melihat buruk baik negara ini dari luar pagar. Pergilah! Sebab itu dalam Islam disuruh kita bermusafir, hijrah dan kembara. Banyak ilmu yang boleh kita dapati.

Jangan jadi katak bawah tempurung yang sangat bising!