Selasa, September 14, 2010

Kes Sosilawati : Murugiah Puji Suspek?

T Murugiah, politikus kontroversi yang bertelagah dengan M Kayveas dan dipecat dari PPP, semasa melawat kediaman Soosilawati turut mengeluarkan kenyataan mengutuk perbuatan menghapus Sosilawati dan 3 pembantunya.

Namun, Murugiah menyebut juga tentang rapatnya suspek dengannya, dan ini menjadi jajaan pada mulutnya semasa ditemubual wartawan. Dia pasti berani berkata demikian kerana tertuduh masih belum dibuktikan bersalah.

Katanya, suspek banyak terlibat bagi kegiatan masyarakat (India) di kawasan Banting dan berminat menyertai MIC (patutlah Sg. Siput dipenuhi samseng Tamil).

Murugiah membayang tanpa menyebut tentang 'kebaikan' yang ada pada suspek ini dan membelakangkan laporan-laporan polis ke atas suspek yang dipercayai telah menghilangkan beberapa pembeli tanah sebelum ini.

Ini petunjuk awal bahawa akan berlaku kecenderungan untuk mencari jalan agar seorang penjenayah yang seolah-olah Robin Hood pada mata Murugiah ini terlepas akibat topeng kemuliaan yang dipakainya.

Ini belum dikira proses perbicaraan yang pasti melibatkan peguam-peguam handalan seperti Cristhoper Fernando, Karpal Singh dan M Kulasegaran yang telah berjaya melepaskan ramai pesalah dari hukuman semata-mata kemewahan yang yang bakal diperas.

Sepatutnya, Murugiah kurangkan bercakap tentang sesuatu yang tidak sesuai saat isu ini sedang panas.