Rabu, September 15, 2010

Kes Sosilawati : Berunsurkan Perkauman?

Tidak. Tiada pembunuhan di Malaysia yang berkaitan dengan jenayah kebencian atas garis perkauman. Jika berlaku kerusuhan kaum sekalipun, ianya adalah berpunca dari kebencian yang dimulai dari perselisihan yang tidak melibatkan unsur keagamaan dan perkauman.

Cuma rentetan dari peristiwa itu, serta pembawaan media yang melapor serta orientasi kaum dalam keterlibatan geng-geng yang bertempur itulah membawa kepada klasifikasi perkauman walaupun hal tersebut hanya berlaku pada satu titik tumpu yang masih berlatarkan punca perselisihan.

Perbuatan SMS dan mesej-mesej internet yang tidak bertanggungjawab merosakkan lagi keadaan.

Tetapi tiada siapa yang dapat menafikan bahawa punca kejadian bunuh di seluruh dunia adalah kerana WANG.

Sikap tidak mengambil langkah berhati-hati dan mendahului undang-undang yang wujud untuk melindungi banyak mendatangkan mudarat ke atas mereka-mereka yang mempunyai kepentingan pada mata pihak lain.

Iktibar dari kes pembunuhan kejam ini ialah betapa sikap berhati-hati perlu diambil oleh semua pihak dalam melakukan urusan yang boleh mengancam nyawa sendiri.

Contohnya dengan berpegang kepada prinsip tiada urusan wajar dibuat pada masa dan tempat yang boleh mendatangkan bahaya yang sememangnya tidak di duga, atau jangan percaya melulu kepada golongan peguam yang prinsip profesionalisme mereka adalah lalang. Biarlah mereka ini berkhidmat untuk kita dan bukannya kita terpaksa berkhidmat mengikut telunjuk mereka secara melulu. Ini kerana amalan mereka adalah jelas untuk memberi nasihat perundangan.

Tiada pihak yang mahukan keturunannya, atau bangsanya dipandang jelik akibat perbuatan segelintir pihak lain yang seketurunan atau sebangsa dengannya. Tiada kaum yang mahu bangsa mereka tidak dipercayai akibat perbuatan segelintir yang biadap dikalangan mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia hidup bahagia di atas garisan hipokrit yang tinggi terutamanya golongan pembenci polis dan pembenci pengetuaan orang Melayu atas pemerintahan negara ini.

Contohnya, Karpal Singh yang banyak membuatkan penjenayah bebas dari hukuman, masih disayangi oleh golongan yang menyokong DAP. Hipokritnya golongan pencinta DAP inilah yang banyak menjaja kisah bahawa Malaysia kini bukanlah sebuah negara yang selamat.

Justeru, kes pembunuhan kejam ini tidak harus dikaitkan dengan tanggapan perkauman oleh mereka yang berakal. Masyarakat seharusnya mengurangkan kenakalan dalam memodalkan bahan cerita mereka apabila mahukan sesebuah perbualan yang mengujakan.

Tetapi tiada siapa yang akan diam seandainya perkara ini benar-benar dilakukan dengan unsur kebencian atas nama kaum dan agama. Bangsa bermaruah ialah bangsa yang tidak melakukan perbuatan dan menuturkan perkataan yang murah lagi hina dina.

Menutup ulasan blog ini, penulis menganggap mangsa-mangsa ini hanya pergi ke pangkuan Ilahi dengan kaedah yang tidak diterima akal manusia tetapi mati adalah pasti.

Dari segi agama Islam, kematian mereka boleh dikategorikan sebagai Syahid Kecil kerana dibunuh oleh orang bukan Islam (dalam keadaan bukan berperang). Sesungguhnya kematian mereka dalam bulan Ramadan dikatakan terlepas dari pertanyaan Mungkar dan Nakir serta terlepas dari azab siksa kubur. Dan jika mereka mati dalam keadaan masih lagi berpuasa, Allah mengharamkan api neraka membakar perut yang berpuasa. Cukuplah bagi orang Islam berkata "Aku Tidak Redha perbuatan mereka" maka dengan itu hanya Allah sahaja yang berhak menghukum. Anggota keselamatan telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sekali. Cumanya prosedur seterusnya di mahkamah dan apa kesudahannya nanti, adalah hukuman muka bumi semata-mata.

Takziah kepada anggota keluarga mangsa, dan laknat kepada keluarga pelaku kekejaman ini.