Jumaat, September 17, 2010

Perkauman Dalam PKR Ipoh Barat?

72 Wanita PKR cabang Ipoh Barat umum keluar parti
17/09/2010 2:18pm

IPOH 17 Sept. – Seramai 72 anggota Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ipoh Barat hari ini mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.

Wakil kumpulan itu, Siti Aminah Mansor berkata, cabang berkenaan kini menjadi parti perkauman kerana hanya mempunyai anggota daripada satu kaum sahaja.

"Anggota itu juga yang mengisi semua jawatan dalam cabang tersebut dan pemilihan bagi jawatan di peringkat cabang tidak diketahui semua anggota kerana tiada sebarang notis diberikan kepada kami,” katanya pada persidangan akhbar di sini.

Beliau mendakwa ada di kalangan anggota yang sanggup menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dan fitnah terhadap anggota daripada kaum lain bagi membolehkan orang tertentu menguasai cabang berkenaan. – Bernama

Ulasan

Akhirnya baru akak sedar? Selama ni akak tak sedar? Sebab akak taksub sangat. Sekarang, bila parti yang akak cintai tu dah digelapkan oleh maksud hati pihak tertentu, mana akak dicampak? Sungai Kinta? Akak seharusnya tidak termakan lagi dengan janji manis puak penghentam kerajaan kerana akak sendiri telah lama mekar bercambah hasil dasar-dasar pemerintah yang mengutamakan kaum akak selama ni. Selepas ni, akibat orang-orang yang macam akak, dasar-dasar tersebut telah dilonggarkan. Hasilnya, akak jugak rugi. Tak betul? Lepas ni akak masuk PAS pulak. Menyokong Islam dan pada masa yang sama menyokong onar dan duri yang akak benci sampai akak keluar PKR.

Kolam Air Panas Tambun Kembali

Kolam air panas Tambun yang dahulunya terkenal panas sehingga boleh dijadikan spa gua, kini kembali. Namun kali ini air panasnya tidak berbau sulfur. Barangkali air yang dipanaskan dalam dandang buatan manusia. Ini kerana ia terletak 500 meter dari punca air panas yang kini menjadi The Banjaran Spa Retreat yang memerlukan bayaran keahlian mencecah beribu-ribu ringgit setahun.

Walaubagaimanapun, air panas tiru-tiruan di pinggir Lost World ini turut mempunyai gua buatan yang berfungsi sebagai kebuk haba yang baik. Bayaran masuk RM12 bagi dewasa dan kanak-kanak melebihi 90cm. Tutup jam 10 malam.