Sabtu, September 18, 2010

Pemimpin India Perlu Bersama Negara

Post kali ini jangan dianggap sebagai bersifat perkauman. Ianya sekadar pertanyaan ilmiah terhadap apa yang sebenarnya berlegar dalam manifestasi masyarakat India di negara ini dan siapakah pemain watak yang tidak muncul ke permukaan?

Malaysia mempunyai kurang 3 juta warganegara India suku Tamil daripada 29 juta penduduknya. Dari jumlah itu, mereka telah memiliki banyak keistimewaan apabila Malaysia menerapkan dasar-dasar keadilan sosial selektif khususnya bagi golongan minoriti.

Kadar 1 kuil bagi 200 orang cukup tinggi dibandingkan 1 masjid bagi setiap 1000 orang di kalangan orang-orang Islam.

Paling pelik, kaum India mempunyai banyak cabang parti dan seterusnya mempunyai ramai pemimpin.

Samy Vellu, T Murugiah, M Kayveas, RS Thananthirren, V. Senggutuan semuanya menjadi suara kuat masyarakat India di negara ini.

Tetapi, apakah kemajuan hidup yang dijamin oleh pemimpin-pemimpin ini ke atas masyarakat India? Kejadian jenayah dan buang daerah di kalangan belia India tetap tinggi. Malah paling tinggi.

Ketika pemimpin India PKR, Gobalakrishnan dan pemimpin India DAP, M Kulasegaran senyap membisu berhubung masalah perangai belia India, pemimpin India dalam BN dituntut supaya lebih banyak bersuara.

Ini memberikan petunjuk yang tidak baik dalam menggembleng kerjasama bagi meningkatkan ekonomi semua kaum menjelang era negara maju.

Juga, kegiatan mengaut kekayaan secara penipuan dan pembunuhan perlulah ditentang habis-habisan oleh segenap pelusuk pemimpin tidak kira kaum di negara ini. Namun pengkhususannya ialah kepada pemimpin-pemimpin India di negara ini.

Bersama mereka atau bersama negara.