Isnin, September 20, 2010

Gangster India : Mengapa Semakin Menjadi-Jadi?

Menurut bekas Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Zaman Khan, gengster India adalah kumpulan samseng ganas yang suka melakukan tindakan kejam.

“Sekitar 1990-an terdapat gengster India seperti Bentong Kali yang melakukan rompakan serta membunuh mangsa kononnya untuk membantu golongan miskin.

“Selain itu, terdapat juga satu lagi kumpulan remaja kaum India yang menggelarkan diri mereka Geng Satu Hati.

Antaranya, jelas beliau, satu kes pembunuhan kejam yang berlaku ladang kelapa sawit di Gopeng, Perak.

Katanya, kejadian itu berpunca apabila pemilik ladang kelapa sawit berkenaan mencederakan sekumpulan lembu milik gengster berkenaan.

“Bagi membalas dendam, kumpulan samseng itu menetak pemilik ladang itu dengan kejam sehingga mati.

“Selain itu, di Kuala Kubu Bharu, gengster India di situ yang berang terhadap kesilapan dilakukan seorang lelaki di kuil mereka mencincang mangsa sehingga mayatnya tidak dapat dikenali,” ujarnya.


Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong turut meminta PDRM bertindak terhadap gengster India kerana beliau turut menerima aduan berhubung keganasan kumpulan samseng berkenaan.

Menurutnya, biro itu sentiasa menerima aduan mengenai tindakan samseng dari gengster India terutamanya melibatkan penarik kereta.

Beliau berkata, bagi bulan ini sahaja pihaknya telah menerima dua aduan berhubung masalah tersebut.

“Masalah itu tidak boleh dipandang mudah oleh mana-mana pihak kerana ia mampu menggugat keselamatan negara.

“Malah kita bimbang gejala gengsterisme itu akan menjadi lebih mudarat dan sukar dikawal selepas ini,” katanya.



Menurut pengamatan penulis sendiri banyak kes samun bersenjata tajam dilakukan oleh gengster India seperti samun di lorong motorsikal Lebuhraya Persekutuan, serangan ke atas kafe Internet di Kemunting, Taiping dan samun kafe internet di Bercham, Ipoh. Malah pernah berlaku pertempuran di Ipoh beberapa tahun lalu akibat ayat-ayat menghina antara kumpulan samseng India dari Sg. Siput dan samseng Melayu di Ipoh. Ini tidak lagi termasuk Tragedi Kg. Medan.

Semua ini berpunca dari kenakalan sebilangan kecil yang hilang rasa hormat-menghormati akibat dada yang luas berkembang. Mengapakah mereka terlalu biadap dan melampau? Pastinya mereka merasakan diri mereka dilindungi oleh orang-orang besar di kalangan mereka.

Natijah dari perkara ini, kita boleh menganggap bahawa pemimpin India di negara ini GAGAL membina tamadun etnik mereka dengan sempurna mungkin disebabkan sama ada :

1. Mereka sendiri menjadi penaja.

2. Terlalu sibuk mengejar kekayaan sendiri.

3. Berpolitik ala Tamil Nadu seperti yang tergambar dalam filem Tamil.

Jadi, ini bukanlah satu tanggapan bersifat perkauman kerana ianya merupakan analisis penilaian risiko apabila sesuatu urusan hendak di buat dengan golongan ini. Bukan sahaja ahli politik India yang perlu ditanya, usahawan dan hartawan India di negara ini juga perlu ditempelak atas kegagalan membentuk generasi baru India yang berakhlak mulia, bersih dari gejala sosial.

Persoalan utama ialah, mengapakah gengsterisme dikalangan belia India belum reda sehingga berpuluh-puluh tahun? Padahal pemimpin India belum pernah tandus malah hartawan India terus mengumpul kekayaan (walaupun dengan cara kotor). Jawapannya dapat diduga oleh semua yang berakal.

Nik Aziz Bukan Melayu? Nik Aziz Mahu Jadi Siam?

Nik Aziz buat hal lagi. Kali ini dengan kenyataan bahawa dia tidak berbangga berbangsa Melayu. Kerana apa agaknya dia tidak berbangga?

Mungkin kerana jika tidak orang-orang Melayu yang bangun selepas Jepun berambus, Kelantan masih lagi menjadi sebahagian Thailand dan Nik Aziz berbangga sekiranya dia menjadi orang Thailand. Begitu agaknya.

Jelas bahawa orang Melayu dengan kuasa yang terbatas telah membawa isu taklukan Thailand ke atas negeri-negeri yang telah diserahkan kapada British pada tahun 1909 sepanjang pendudukan Jepun membawa isu menebus semula empat negeri ini ke Parlimen Britain.

Atas sebab itulah, Thailand terpaksa menyerahkan kembali kepada British empat negeri yang diserahkan Jepun kepada mereka sebagai habuan membantu Jepun menduduki Semenanjung.

Jika kerana bukan atas usaha orang Melayu, Nik Aziz mungkin telah lama menggunakan nama Siam dan dengan apa yang berlaku di negeri Patani (yang orang-orangnya berbangga berbangsa Melayu), Nik Aziz mungkin telah lama menjadi mangsa senapang musuh Islam ( tetapi tidak jika dia sendiri memusuhi persaudaraan seIslam).

Sebenarnya Nik Aziz menunjukkan dialah seorang pemimpin yang lagaknya sangat baik dan bersih tetapi hakikatnya seorang yang kotor dan mempromosikan sifat tidak bersyukur dengan terang-terangan.

Kelantan di dalam Thailand merupakan satu realiti alternatif tanpa usaha orang-orang Melayu terdahulu. Sayangnya hari ini Kelantan dipimpin oleh manusia sombong yang tidak tahu bersyukur. Maka berjangkitlah pula kepada separuh rakyatnya.

Dunia akhir zaman.