Khamis, September 23, 2010

Ramalan Autakare Peguam Bergelar Datuk

Peguam bergelar Datuk yang dituduh membunuh 6 orang kini sedang berbincang corak penipuan dengan peguamnya, juga seorang yang sebangsa dengannya, bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah.

Mohd. Fazli yang memijak kanak-kanak 3 tahun sampai mati kini ditunjukkan tali gantung dengan keputusan mahkamah. Alasan kononnya dia terlalu stim dengan dadah dan baru meneguk 2 botol Stout sebelum kejadian bunuh itu, tidak diterima mahkamah.

Mahkamah menyebut bahawa, perbuatan membuatkan diri dalam luar kawalan untuk dijadikan alasan membunuh tidaklah dikira alasan kukuh.

Maka peguam bergelar Datuk ini tidak boleh menyebut bahawa dia dalam keadaan khayal dadah / amphetamin / metanphetamin atau sedang mabuk berat dengan bir / likuer / todi / samsu.

Maka dia tidak mungkin menyebut dia mabuk. Tetapi syaitan ini merupakan seorang pengamal undang-undang. Maka apakah yang paling sesuai untuk dicuba sebagai alasan melepaskan diri?

Dengan kisah terlepasnya pembunuh-pembunuh yang mengalami skizofrenia akut, tidak mustahil peguam ini berpakat untuk mengaku gila dan sanggup menjalani ujian mental dengan penuh prosedur psikologi yang berat di Tanjung Rambutan.

Kisah ini akan menjadi panjang. Biasanya, pihak Tanjung Rambutan mengetahui orang yang tidak gila namun berpura-pura gila.

Maka, apa lagi kaedah yang bakal diambil oleh si perancang pembunuhan ini untuk tidak mecalarkan profesion guamannya, imej majoriti peguam yang sebangsa dengannya, dan untuk dirinya menanam kesilapan tersebut dan memulakan hidup baru.

Sekadar menjadikan beberapa orang pengikutnya ke tali gantung pastinya kaedah terbaik dan yang paling penting pastinya dia mahu membersihkan namanya, dan duduk diam-diam.

Kes ini melibatkan pembunuhan tidak kurang 6 orang. Jika Mohd Fazli diputuskan ke tali gantung dalam masa 7 bulan sahaja, orang-orang ini seharusnya menerima tempoh yang sama, malah lebih pendek.