Jumaat, September 24, 2010

Suspek Dipukul Polis? Putar Belit Sudah Bermula

KUALA LUMPUR 23 SEPT: Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, mendakwa polis menumbuk, menendang dan memaksa menandatangani dokumen tanpa kerelaan.

Tiga peguam yang mewakili suspek dan adiknya, kedua-duanya juga peguam berjaya menemui klien mereka untuk pertama kali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Khamis lalu.

Mereka sampai pada jam 3 petang ditemani isteri suspek yang mendapat kebenaran bertemu suami mereka.

Peguam DP Vijandran dan Ravi Nekoo memberitahu media, suspek berusia 41 tahun itu mendakwa dikasari polis selepas mereka bertemu selama 30 minit.

"Suspek mendakwa dipukul dengan getah paip, ditumbuk di muka dan ditendang sehingga memudaratkan tulang belakang," kata Vijandran, menambah suspek belum menerima bantuan perubatan berikutan kecederaannya.


Ulasan

Suspek mahu layanan yang macammana? Selepas membunuh 6 orang dengan arahan ala samseng filem Kollywood, suspek mahu dilayan seperti tahanan kes tak bayar saman trafik?

Nasib baiklah suspek jatuh ke tangan polis. Kalau suspek jatuh ke tangan rakyat masyarakat, bukan sahaja dikasari, malah di korek biji mata hidup-hidup.

Beginilah pemutar belit apabila berhadapan pertuduhan. Jangan percaya mereka lagi. Menipu adalah darah daging orang yang seperti ini.