Rabu, September 29, 2010

Tangkap Namewee

Bukan semua Cina di negara ini suka hidup dalam keamanan. Terdapat juga yang rasis dan tidak mempedulikan sensitiviti orang lain mengikut budaya rantau ini.

Sehubungan itu, WAJAR bagi PERKASA untuk melakukan bantahan besar-besaran di hadapan Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur bagi mengutuk Cina berhaluan kiri yang terang-terang menjelekkan negara sendiri. Namewee seharusnya ditangkap sahaja kerana pertuduhan di bawah Akta Hasutan mencukupi dengan tindak-tanduknya.

Malaysia tidak perlu toleran terhadap pengkhianat negara yang boleh menjadi koda trojan sekiranya negara berhadapan dengan krisis dan peperangan.

Orang seperti Namewee wajar ditangkap dan dihantar untuk melakukan kerja-kerja sosial di masjid dan dalam komuniti Melayu.


Tindakan koreksional ini telahpun diperkenalkan di Singapura. Malangnya undang-undang Malaysia masih memberi muka terhadap celaka ini.

Apakah undang-undang mahu rakyat menjatuhkan hukum? Ini pasti perhitungan yang salah.