Ahad, Oktober 10, 2010

DAP : Parti Kotor Yang Terus Disembah

Politik orang Cina di Perak 'sangat matang'. Mereka tak peduli apa-apa tentang integriti atau akauntabiliti. Mereka menyokong DAP membabi buta. Ini melambangkan bahawa mereka menyokong mana-mana parti yang menentang kuasa politik orang Melayu.

Akibat dari inilah wujud NGO yang menentang sikap mereka ini seperti PERKASA. Apabila PERKASA muncul, mereka mula khuatir akan itu dan ini dan mengugut untuk terus mengundi parti kotor bagi meletakkan diri mereka sebagai pengotor nombor 1.

Memalukan bagi sebuah bangsa yang mempunyai tamadun yang tua dan hebat seperti Cina ini apabila sanggup bersekongkol dengan penipu dan mengikut telunjuk penipu bermati-matian. Lebih malang pula ialah buat Melayu-Melayu yang bodoh kerana menentang sebuah sistem yang 'kurang sempurna' demi menyokong sistem yang 'hancur kebun'.

Perang antara Kulasegaran dengan Ngeh Nga bersaudara semakin membongkar kisah buruk dalam DAP Perak yang pernah mentadbir negeri Perak dengan menggunakan boneka lusuh, seorang Melayu yang diperkudakan.

Tindakan Hee Yit Fong keluar DAP, sebuah parti yang diperjuangkannya bertahun-tahun dikeji oleh Cina kampungan walaupun Hee menjelaskan bahawa tindak tanduk DAP Negeri yang direstui DAP Pusat mengecewakan beliau habis-habisan.

Kali ini, orang-orang Cina pengundi DAP yang kotor itu sedang berfikir sama ada mereka mahu terus menjadi hanyir atau mahu membersihkan diri.

Jika dulu Hee Yit Foong dikatakan disogok untuk 'menghuraikan kebenaran', kali ini siapa yang menyogok Kulasegaran dan pengikutnya.

Nampaknya, politik hari ini telah berubah. Mungkin zaman P. Patto dan Lau Dak Kee, DAP walaupun seanjing ini tabiatnya, tetapi masih belum ada keberanian bagi pihak yang tertindas di dalamnya untuk bersuara.

Akhirnya P. Patto mati dalam kekecewaan agaknya. Dan Cina-cina terus menjunjung sebuah parti yang kotor demi matlamat politik mereka yang kabur.