Rabu, Oktober 13, 2010

Pejuang Melayu Dihina Sultan Sendiri

Ironik. Seorang Sultan negeri Melayu menarik balik gelaran Datuk ke atas seorang pemimpin yang memperjuangkan kuasa orang Melayu dan kuasa raja-raja.

Tetapi tidak menghairankan jika itu datangnya dari kesultanan Kelantan. Sebagai Sultan pertama yang menerpa takhta sebelum kemangkatan sultan yang sedang memerintah, berbagai polemik boleh diduga dari Sultan yang dikenali sebagai Pro-PAS.

Sultan ini barangkali seperti "Ketua Menteri" nya, memang tidak berbangga menjadi Melayu. Maka, dia tidak suka hamba rakyatnya memperjuangkan kuasa melayu dan raja-raja.

Yang Dipertua Negeri Kelantan yang baru ini kini ibarat mengikut telunjuk nasihat Ketua Menterinya.

Itulah Kelantan. Seorang kawan pernah menyebut " I like Kelantan, the craddle of Malay civilization so much, except for their politics, hooliganism dan royalties ".

Bubar sahajalah institusi ihsan raja-raja Patani dahulukala ini.

Mujur negeriku tercinta mempunyai Sultan yang tinggi ilmunya dan tajam pemikirannya.

Nasihat Deutro-Malay : Jangan Lagi Bersifat Seperti Pendatang


Ini adalah Pentas Sunda yang subur, 20,000 tahun lalu. Gambar ihsan Field Museum. Pada masa ini penduduk Negrito menguasai pentas ini yang terdiri dari tanah pamah subur dan penuh dengan haiwan.

Negrito dikategorikan Proto Malay dan pertaliannya dengan Melayu hari ini adalah melalui huraian DNA.

Tanah yang luas ini adalah kawasan ketamadunan Melayumula terbentuk. Malah dikisahkan dengan hakikat kota Atlantis yang sebenarnya tenggelam bersama musibah air laut naik itu terletak di Sunda Land.

Tidak keterlaluan untuk menyebut bahawa penghijrah dari kaum mongoloid telah sempat ke hutan borneo sebelum laut naik mendadak, 15,000 tahun lalu. Kerana 15,000 itu angka dari mereka. Hakikat sebenar bila berlakunya kejadian tersebut, kurang mendapat perhatian saintis Islam.

Tenggelamnya Pentas Sunda menjadi misteri yang kurang dirungkai. Adakah ais yang mencair 15,000 tahun lalu atau kejadian-kejadian musibah gempa atau hempasan asteroid dalam tempoh lebih pendek dari itu.

Tetapi, itu suatu masa dahulu. Sangat tua. Sangat kuno jika mahu dibandingkan dengan penghijrahan masuk orang Cina ke Pentas Sunda yang mengecil. Penghijrah terkemudian ini hari ini dengan sikap mereka, mencabul kedaulatan tanah rantau ini dengan tuntutan yang bukan-bukan walhal mereka tidak langsung menyerap corak kehiudupan rantau ini yang menjadi kunci terhapusnya label "pendatang".



Tidak banyak yang hendak dituntut dari orang Cina negara ini. Sekadar kukuhkan jati diri berpaksikan rantau ini dan lebih bersifat nusantara-centric. Jika tidak, ungkapan "pendatang" akan terus berkumandang untuk 10 generasi lagi.