Selasa, Oktober 19, 2010

Khabar Dari Indonesia : Anwar Seorang Homo Yang Dinafikan Hak?

Kembali bersiaran selepas 3 hari ke Bandung untuk bercuti sambil misi melawan dan menentang Nurul Izzah serta Anwar Ibrahim di Kota Bandung. Hah. Tidak. Siapalah saya. Sekadar sembang kedai kopi bolehlah.

Homoseksualiti merupakan sesuatu yang kedengaran diterima di Indonesia hakikatnya tidak. Masyarakat kebanyakan di Indonesia hari ini cenderung mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik prominent Malaysia yang mempunyai kecelaruan seksual.

Memang jika di Kota Jakarta, yang mempunyai berbagai lapisan masyarakat, elit dan gelandangan, mempunyai persepsi yang lebih terbuka mengenai homoseksualiti, namun, di kota-kota lain, itu jarang berlaku.

Walaupun rakyat Indonesia lebih bebas bersuara dari negara ini, itu bukanlah keterbukaan yang dibuat-buat. Mereka terpaksa mengetengahkan permasalahan pemimpin yang bagi mereka tidak mengotakan janji, korup dan terselamat dari hukum. Suara-suara mereka diangkat oleh media-media yang masing-masing membawa agenda sesebuah parti politik yang menentang presiden itu sendiri, terutamanya TVOne yang dipunyai oleh Aburizal Bakrie (Ical), Ketua Umum Golkar yang semakin popular untuk terpilih sebagai Presiden Indonesia seterusnya.

Ical inilah yang Anwar dekati penuh minat kerana potensi Ical sebagai Presiden mampu menyelamatkannya. Respon yang diberi oleh Ical ke atasnya pada masa ini memberangsangkan dan Anwar pastinya sedang syok habis. Tetapi Ical, mungkin sahaja bersifat seperti TVOne yang membawa suara orang yang kononnya tertindas untuk dibawa kepermukaan bagi dinilai apa benarkah dakwaan mereka bahawa mereka ditindas.

Dalam hal ini, pembelaan tak semestinya bermatlamatkan kemenangan. Sebaliknya, pembelaan dari segi membawa dakwaan ditindas ini mungkin bertujuan untuk menampakkan wajah sebenar orang yang mendakwa dirinya ditindas ini.

Begitulah juga dengan kes Anwar. Sepanjang 3 hari saya menilik saluran TVOne di sana, tiada langsung berita mengenai Malaysia apatah lagi Anwar, kecuali berita kaki marquee tentang Malaysia yang mewujudkan Pusat Aduan Tenaga Kerja Indonesia.

Apakah Aburizal Bakrie membawa suara Anwar melalui TVOne adalah untuk menunjukkan kepada Indonesia wajah sebenar Anwar? Cita-cita karut Anwar, dan polemik gimik politik Anwar, agar rakyat Indonesia lebih sedar siapa itu Anwar Ibrahim?

Bagi sesetengah yang berfikiran terbuka, mereka bersimpati ke atas Anwar hanya kerana ayat ini " tidak pantas (patut) bagi seorang homo sepertinya dinafikan hak memimpin negara". Itu hanya pendapat segelintir yang hidup tanpa agama di sana.

Di Malaysia, Anwar terus disokong pak haji dan pak lebai. Blog mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas ulangtahun ke 200 Kota Bandung dan ulangtahun pertama pemerintahan SBY-Boediono.

Stesen Keretapi Bandung berdekatan penginapan saya.

Kota Bandung dihiasi panji-panji menyambut ulangtahun ke 200 kota tersebut.