Jumaat, Oktober 29, 2010

Gunung Merapi Dan Mbah Maridjan


Takdir Tuhan sekelian alam memang tidak siapapun dapat menghalang. Walaupun jelas bahawa ada perkara tertentu yang boleh dikatakan bukan urusan Manusia untuk menentukan, sesetengah manusia memang cuba mengatasi hal yang begini untuk terus berpegang kepada prinsip sendiri.

Contohnya apabila gunung berapi yang merupakan urusan Tuhan yang menentukan fitrah proses pembentukan alam ini di dampingi oleh manusia dengan menyebut dirinya sebagai juru kunci malah sebagai penjaga, kadang kala hal yang begini membawa kepada kemudharatan terhadap pegangan sendiri malah terhadap diri sendiri.

Mbah Maridjan, seorang yang alim, menghabiskan masanya berzikir dan berwirid ke hadrat Allah SWT memohon agar Merapi tidak mendatangkan bencana, dikatakan adalah warisan Islam Kejawen yang masih tebal fahaman mistis animis yang menganggap gunung berapi boleh dikunci dan dibuka.

Akhirnya, beliau dan 30 lagi orang yang sebahagian besarnya pasukan penyelamat yang ingin memujuknya turun, maut dibakar gumpalan debu panas bersuhu 600°C yang meluncur turun dan mengganyang perkampungan Mbah Maridjan.

Lebih sedih, Mbah Mardjan telah bersetuju untuk turun dari kediamannya dan memohon untuk mendirikan solat terlebih dahulu. Mayatnya ditemui dalam keadaan bersujud menghadap kiblat dan diyakini sedang mendirikan solat saat debu panas menerjah perkampungannya.

Hal yang demikian berlaku di Malaysia tetapi dalam keadaan yang berbeza. Ini dibuktikan dengan terdapatnya pemimpin yang mengaku dapat menukar kerajaan memerintah pada sekian-sekian tarikh seolah dia memiliki kekuatan melebihi ketentuan Tuhan semesta alam.

Hakikatnya ramalannya tidak pernah menjadi nyata malah tidak pula dia berbuat pahala dengan mendampingi tikar sembahyang berwirid seperti Mbah Maridjan agar dipohon diperkenankan doanya.

Lebih keji, dia mendampingkan dirinya dengan perlakuan dosa dan tipu daya. Hari ini mengeji Yahudi, dan memperlihatkan kepada rakyat Malaysia, esoknya ke negara Yahudi meminta maaf tanpa diperlihatkan perlakuannya itu kepada rakyat jelata.

Berfikirlah kita bahawa apa perlunya manusia menjaga, meramal dan mengawal sesuatu yang bukan urusannya sehinggakan para fanatiknya lebih mendengar katanya berbanding kata-kata bijak pandai yang mengkaji sesuatu perkara itu sedalam-dalamnya.