Contohnya negeri Perlis dan Kedah yang telah dicurah hujan untuk tempoh hampir 12 jam sehingga jam 11 pagi ini yang memerlukan kesiagaan terhadap ancaman banjir, langsung tidak diliput oleh sama ada Utusan Online mahupun TheStar Online.
Kejadian luar biasa ini disebabkan tekanan rendah di Teluk Benggala telah melalui Laut Andaman dan memasuki perairan utara Semenanjung dan memberi tempias ke atas utara Semenanjung termasuk Kelantan dan Terengganu.
Ini juga bersangkutan dengan badaian siklon tropika yang melanda perairan Myanmar minggu lalu. Maka, perkara ini pasti telah seharusnya telah diketahui.
Jika diikutkan amalan pemberitaan berkesan, ulasan-ulasan pakar meteorologi perlu didapatkan dan nasihat-nasihat serta amaran-amaran kenaikan paras air perlu diwawarkan bagi membolehkan penduduk segera menyelamatkan harta benda dan dokumen berharga.
Merujuk dari imej radar Jabatan Meteorologi, tompokan siklon kekal di kedudukannya di utara semenanjung dan ini sudah tentu mendatangkan ancaman banjir.
Sebab itulah dikatakan bahawa bukan sejarah sahaja patut dijadikan matapelajaran wajib SPM, malah Geografi juga amat perlu diwajib-luluskan.
Jika tidak, masyarakat mudah dibuli alam yang semakin berubah dan ekstrim. Malah penyedia informasi juga mudah terpinga-pinga tentang pemberitaan bencana.