Rabu, November 03, 2010

Kunjungan Ke Hatyai Terpaksa Dibatalkan

Memang tarikh ini adalah tarikh yang tak terduga akan berlaku sesuatu di Hatyai. Tarikh ini, dan diwaktu artikel ini ditulis, penerbangan Air Asia KL-Hatyai yang sepatutnya membawa saya ke sana, baru sahaja berlepas. Saya MEMBATALKAN niat untuk ke Hatyai. Semasa membeli tiket penerbangan Air Asia ke Hatyai yang berharga Rm4.00 pada 5 Ogos lepas, tiada siapa yang mengetahui bahawa pada tarikh penerbangan tersebut, Hatyai akan dilanda banjir terburuk dalam tempoh 70 tahun. Saksikanlah pemandangan bandar Hatyai semalam, yang tidak ingin saya hadap sekiranya saya ke sana :








Dengan bekalan makanan yang tak mencukupi, harga barang keperluan melambung, desakan hidup serta kesempatan kacau bilau yang akan meningkatkan jenayah, bekalan elektrik terputus, apa perlunya 'seorang pelancong asing' untuk berada di kawasan tersebut, pada pandangan masyarakat yang sedang runsing memikirkan kemusnahan harta benda?