PAS, jika tidak mendatangkan polemik dan sensasi dengan menggunakan baju Islam, pastinya akan menang di Galas kerana itu adalah kerusinya.
Mereka sedar, kebobrokan mereka menyebabkan mereka kurang popular lagi. Sebab itulah idea mewariskan kerusi yang kosong kepada wakil parti yang mengosongkan itu datang dari mereka.
Sebaliknya jika DUN tersebut milik BN, merekalah yang seperti penyokong bolasepak fanatik, sanggup memukul dan meludah untuk merebut kerusi tersebut.
Calon BN Abdul Aziz Yusof berjaya merampas DUN Galas dari PAS dan kini kesemua DUN di dalam Parlimen Gua Musang telah dibersihkan dari kuasa politik kotor penghalal cara PAS.
Tahniah kepada Aziz. Isyarat ini cukup jelas buat PAS bahawa mereka tidak layak lagi mendabik dada mengatakan mereka adalah betul. Malang buat PAS apabila duit yang ditabur tidak berhasil. Kayu balak di Galas dan 'Ladang Rakyat' usahasama dengan DAP Cameron Highlands agaknya itu, kini berada dalam misi diselamatkan dari kantung korupsi ala PAS.
