Khamis, November 11, 2010

PKR : Parti Kartun Rakyat

"Keterbukaan yang penuh keadilan" ala PKR telah lama diketahui. Ini sejak sombongnya Anwar dan pengikutnya yang mengira orang lain tidak boleh menilai tindak-tanduknya yang menghalang Utusan Malaysia meliput programnya.

Inilah baru dikatakan "adil", "menjunjung demokrasi", "terbuka", dan "lebih layak dipercayai" yang diciptakan oleh PKR, PAS dan DAP. Konsep ini sangat jelas, merupakan ilusi yang dibuat untuk menghibur rakyat yang benci dengan BN.

Kebencian hakikatnya membutakan mata hati. Tidak hairanlah Pakatan Rakyat terus disokong oleh orang yang tebal kebencian mereka. Mereka dididik untuk bersifat LIDAH BERCABANG, TUTUP MATA dan KENTUT HARUM, seperti pemimpin sembahan palsu mereka.

Mereka adalah alternatif imaginasi bagi kehidupan bersistem. Lebih molek, mereka adalah KARTUN hidup yang menghiburkan rakyat dikala kebosanan.

Itu semuanya adalah semata-mata benci mereka terhadap Barisan Nasional. Oleh kerana BN ditunjangi UMNO, tidak hairan pula Zahid Hamidi mempersoalkan patriotisma bukan Melayu di negara ini apabila 70% dari mereka menyokong pembangkang yang terang usaha memburukkan negara dari luar.

Jika tidak Utusan Malaysia mengupas perjalanan filem kartun yang entah bila akan tamat ini, Malaysia akan diserkup pelikat kepam Pakatan Rakyat sehingga sebati udara hapak tersebut pada hidung rakyat Malaysia.

Kekartunan mereka tidak akan dapat diceritakan hingga ke pelusuk kampung supaya seluruh negara sedar, itulah Pakatan Rakyat.

Tidak hairan jika gandingan "penyokong Islam" PAS dan penentang Islam, DAP jika berjaya ditauliahkan Sijil Setan Sepakat, akan menendang PKR keluar dari Pakatan Rakyat bagi menguji PRU ke 13 yang bersih dari PKR.