Selasa, November 16, 2010

Zaid dan Raja Petra : Dengar Boleh, Sokong Jangan!

Perbedaan utama antara penyokong BN dan penyokong parti haram PR ialah, penyokong BN tidak sewenangnya menerima kilasan tangan penyokong pembangkang yang berpaling tadah ke atas pemimpin mereka yang dibenci oleh golongan di kem BN.

Zaid Ibrahim, walaupun mengutuk Anwar dan Azmin, bukan bermakna dia akan menerima puja puji dan salah pembawaannya lekas-lekas dipadamkan. UMNO merupakan parti bersistem, berintegriti dan tidak sewenangnya memalukan diri. (Kecuali seorang perasuah politik yang merebut jawatan ketua sayap parti yang kini menjalani hukuman - tak layak berjawatan kabinet)

Terbaru apabila Raja Petra melibas Anwar Ibrahim apabila Anwar menyebut supaya berhati-hati dengan 'kuda trojan' di dalam PKR dengan menyebut, Anwar sendiri mencabar Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan 1982 saat baru setahun di dalam UMNO di mana kesetiaannya masih boleh diragukan.

Raja Petra mungkin mengeluarkan kenyataan-kenyataan pelik ke atas Anwar Ibrahim kebelakangan ini mungkin setelah terasa laknat Tuhan ke atas pemfitnah telah tiba ke atsnya. Dia tetap tidak layak diberi sokongan apa-apa kerana dia masih belum mengaku memfitnah PM dengan kes Altantuya sedangkan Zulkifli Nordin telah menyatakan bahawa ianya dusta semata-mata.

Warasnya pemikiran penyokong BN untuk 'terhibur' tetapi tidak menerima telatah Zaid dan Raja Petra membuktikan jurang budaya berfikir yang besar antara puak BN dan puak parti haram PR.

Contohnya ketika Tun Mahathir keluar UMNO, segala lontaran Mahazalim, Mahafiraun dan berbagai Maha lagi, ditelan dan dijilat lincin oleh penyokong PAS sehingga memuji muja Tun Mahathir melambung-lambung. Akhirnya mereka malu dan memuntahkan kembali kata-kata dayus mereka.

Bukankah tindak-tanduk mereka sangat kebinatangan? Ibarat kaldai yang bersorak apabila melihat seekor singa menyarung pakaian kaldai dan masuk ke kandang kaldai-kaldai tersebut. Kesilapan sebodoh para penyokong parti haram PR tidak harus kita contohi!

Memetik kenyataan Zaid, Raja Petra dan editor akhbar Cina, Anwar sekarang telah jelas sedang dihakis pengaruhnya dikalangan pengundi Cina.

Tambahan pula Anwar yang memodelkan Indonesia dalam aspirasi pemerintahannya, pasti menakutkan Cina di Malaysia kerana nasib Cina di Indonesia merupakan momokan besar buat mereka.

Berikut kenyataan manis bergula Raja Petra yang boleh kita dengar dan ambil iktibar :

Dalam pada itu, Raja Petra menyelar tuduhan Anwar kononnya Zaid menggunakan pihak luar untuk berkempen bagi dirinya sedangkan semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu, beliau juga menggunakan pendekatan sama.

"Kami berkempen untuk Anwar tiga kali berturut-turut sehingga beiau berjaya mengalahkan Suhaimi walaupun kami bukan ahli UMNO. Ini kerana jika mengharapkan ahli UMNO, Anwar akan ditendang keluar.

"Pada masa itu, Anwar masih terlalu baru dalam UMNO. Dia dianggap sebagai pengacau, 'kuda trojan' dan bakal memecahbelahkan parti, sama seperti apa yang beliau label terhadap Zaid hari ini," katanya.