Isnin, November 29, 2010

Inikah Transformasi Perkhidmatan Awam?

Berita panas hujung tahun ini sering berlaku di pejabat-pejabat kerajaan. Ianya berhubung nilaian prestasi kakitangan. Teman baru dapat cerita hot kisah yang berlaku di sebuah jabatan di mana terdapat bos-bos yang pro pembangkang telah menilai kakitangan sokongan yang menjawat jawatan politik pro-kerajaan dengan 'nilai-nilai sembelih'.

Ih. Ih. Ih. Sampai macamtu sekali ker yop? Iyer ler. Itu la yang dah terjadi di sesetengah jabatan. Para penilai ni terdiri dari "Kumpulan Pengurusan & Profesional" yang tidak dibenarkan menjawat jawatan politik.

Yang dinilai pulak ni adalah kakitangan bawahan "Kumpulan Sokongan" yang dibenarkan menjawat jawatan politik dengan izin. Sesuai dengan peraturan yang termaktub dalam perintah am.

Yang adakalanya lawak juger la kan, kakitangan bawahan ni gatal pulak la meletakkan jawatan politik dia di helaian Laporan Nilaian Prestasi dia di ruang kegiatan luar kerja berkaitan sahsiah dan masyarakat. Dia menjawat jawatan dalam UMNO. Di taruk ler di situ jawatan dia. Bagi penyedap kegiatan luar yang menyumbang kepada masyarakat dia.

Tapi apa lah salahnya kalau jawatan politik dia tu menyumbang kepada masyarakat. Contohnya membantu mangsa kebakaran, mangsa banjir, membina rumah orang miskin, meraikan anak yatim. Dah ler dapat pahala. Tak salah pulak tu dari segi hukum penjawat awam.

Yang teman tahu, "pemuda" pembangkang maner ader buat semua ni. Demer lebih suka jadi samseng menghalang wartawan membuat liputan demer bersidang. Samseng kuning langsat ader, samseng ciku matang ader, samseng lemang hangus ader.

Malangnya, pegawai yang kononnya dari kumpulan profesional ni, kurang pulak profesionalnyer. Kater kawan teman, si pegawai ni, terang-terang ada gambar Nik Aziz di meja dia. Bila membaca pulak kegiatan luar di macai bawahan dia yang berkait UMNO, mengkemer semua boleh fikir la kan?

Penyudahnya, mamat ini, walaupun kerja menitik peluh jantan, perah otak sampai matahari berganti bulan demi kerja dia, diberi markah 70 je. Masya Allah. Dalam perkhidmatan awam, 85 ke bawah dah tak layak naik pangkat. 80 ke bawah dah tak layak bertukar. Kalau 70 tu tandanya apa? Tandanya bos dia gila!

Boleh ke orang macam ini memajukan perkhidmatan awam di Malaysia ni? Teman rasa-rasa la kan, angka penjawat awam bermasalah di Malaysia yang berjumlah dekat 7,000 tu sebenarnya lebih banyak lagi kalau dicampur bos-bos yang merosak potensi kemajuan perkhidmatan awam tu sendiri.

Teman tak heran la kalau perkhidmatan awam Malaysia ni selalu kena kutuk dengan penjawat swasta. Kalau dah ini mentaliti 'Little Napoleon' di dalamnya.