Sabtu, Disember 11, 2010

Indonesia : Antara Anwar Dan Muhyiddin

Muhyiddin Yassin telah menunjukkan siapa retorik dan siapa yang realistik. Jutawan-jutawan Indonesia tidak sabar-sabar untuk meneroka pasaran Malaysia setelah selama ini beranggapan Malaysia menutup pintu untuk mereka.

Anwar pula ke Indonesia untuk memburuk-burukkan Malaysia, menyebut bahawa dia akan melakukan yang terbaik sekiranya memerintah Malaysia dan mengutuk media Malaysia sesuka hati Pak Berahim dia.

Siapakah retorik dan siapa pula realistik? Zuraidah mulut gadang seharusnya berfikir jauh sebelum menyebut bahawa Barisan Nasional sekadar bermain retorik.

Ketika Anwar ke Indonesia, yang dicari ialah publisiti dan ruangan di media elektronik untuk menghentam Malaysia. Anaknya pula mengutuk kapal selam Malaysia dan diketahui bercerita tentang apa yang diketahuinya secara agak-agak mengenai Angkatan Tentera Malaysia.

Tetapi Muhyiddin ke Indonesia, dengan usaha Chairul Tandjung, billionair terkenal Indonesia, seramai 17 orang terkaya di Indonesia dikumpulkan untuk menerima berita menarik dari Muhyiddin Yassin, 3 Disember lalu.

Mereka ditawarkan peluang untuk melabur dalam pelbagai bidang di Malaysia dan hasilnya, mereka terkejut dan sangat berpuas hati malahan menyebut, mereka akan segera untuk masuk ke Malaysia bagi meningkatkan pelaburan.

Nampaknya, Anwar gigit jari lagi. Lain kali jangan main retorik kerana kunci realistik itu ada pada Barisan Nasional.

Jika Anwar adalah pemimpin realistik, pelaburan jutawan Indonesia itu boleh dibawa ke negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana sebagai De Facto Leader Pakatan Rakyat, dia seharusnya berusaha meyakinkan lebih ramai orang memilih mereka kelak, dengan usaha yang pragmatik, bukannya retorik.

Hanya yang bodoh sahaja mengharap hasil dari Mat Jenin.

Maka wajarlah parti retorik biru muda yang berfahaman pengkhianat dan berlabel taik minyak negara itu, dilempar ke laut.

Nelayan Asing Dengan Bot Berbendera Malaysia Di Tangkap DI Indonesia

Khamis lepas, Detiknews melaporkan penahanan 28 nelayan dengan bot berbendera Malaysia dengan sejumlah 6 buah bot disita oleh penguatkuasa laut Sumatera Utara. Penahanan dibuat pada hari Rabu lepas jam 10.30 malam waktu Malaysia.

Ketua Operasi Pengawasan Dinas Perikanan dan Kelautan Sumatera Utara, Poniman mengatakan, dari hasil pemeriksaan, mereka yang ditahan tidak seorang pun berwarganegara Malaysia. Sebahagian dari mereka warga negara Myanmar dan Thailand.

"Cukup aneh, kapal yang digunakan berbendera Malaysia, namun ABK berkebangsaan Myanmar dan Thailand. Tidak seorang pun di antara mereka yang bisa berbahasa Malaysia," kata Poniman.

Poniman juga menyebut bahawa ketika ditahan, bot itu berisi ikan hasil tangkapan yang mencapai ratusan tan. "Belum dapat dipastikan apakah semua ikan ditangkap di perairan Indonesia. Tapi saat penangkapan, kapal sarat dengan muatan ikan," tambah Poniman.

Apa yang dibimbangkan ialah gejala penyamaran oleh nelayan asing diperairan Malaysia Indonesia yang menggunakan bendera Malaysia, yang pastinya akan mendatangkan persepsi tidak baik dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Pihak APMM juga seharusnya tidak cuai dalam menjalankan tugas mereka mengawal perairan negara dan perlu menjalankan siasatan bersama dengan pihak Indonesia dengan mengambilkira bahawa nelayan-nelayan tersebut adalah pekerja nelayan-nelayan tempatan sehinggalah dibuktikan tidak.

Sekiranya benar, nelayan tempatan inilah yang wajar disabitkan dengan undang-undang yang berkaitan.