
Ahli politik kontroversi Belanda, Geert Wilders, didedahkan WikiLeaks tidak disukai Amerika Syarikat. Presiden AS Barack Obama disarankan agar tidak berkawan dengan Wilders.
Petikan dari Guardian, Jumaat (17/12/2010), Presiden AS Barack Obama menerima kawat rahsia dari Kedutaan AS di Den Haag pada 6 Julai 2009. Kawat ini adalah berkenaan persiapan pertemuan Obama dengan PM Belanda Jan Pieter Balkenende.
Isi kawat itu sekitar hal tentang pemerhatian politik Belanda. Geert Wilders menjadi salah satu bahan sorotan.
"Wilders bukan sahabat AS. Dia menentang keterlibatan tentera Belanda di Afghanistan. Baginya perkembangan itu boros dari segi perbelanjaan negara," maksud kawat tersebut
Wilders dipandang senget oleh diplomat AS kerana menentang misi NATO di luar kawasan negara anggotanya.
"Dia merbahaya, anti-Islam, dan Parti Kebebasan adalah duri dalam pakatan," kata mereka.
Ulah si Wilders ialah dengan memainkan sentimen masyarakat berkaitan kegagalan proses integrasi sejuta Muslim Belanda yang kebanyakan adalah keturunan Maghribi dan Turki. AS pada ketika itu bimbang jika jika Wilders dan partinya mampu mengalahkan Kristian Demokrat yang diketuai Balkenende melalui pilihanraya.
"Yang paling membimbangkan, dia mencipta ketakutan dan kebencian terhadap para imigran," mengakhiri perkara itu.
Wilders adalah ahli politik Belanda yang membangkit kemarahan umat Islam dengan propagandanya melalui filem 'Fitna'. Dia mendapat sokongan kerana Balkenende memerlukan sebuah pakatan untuk mempertahankan kerajannya.
Lihat Wilders dan Anwar? Banyak persamaannya. Mencari peluang untuk menyemarak kebencian tanpa asas demi mengejar kuasa.
Parti pimpinan Wilders yakni PVV merupakan parti ketiga terbesar dalam pemerintahan Belanda.