Isnin, Disember 20, 2010

Hospital Ipoh Mohon Penduduk Derma Darah

Tabung darah Hospital Raja Permaisuri Bainun yang kekurangan darah memohon jasabaik penduduk Ipoh dan sekitarnya untuk menderma darah bagi membantu mangsa kemalangan bas warga Thailand pagi tadi.

Seramai 12 orang telah dimasukkan ke hospital dan ada diantaranya memerlukan darah yang banyak. Darah yang diperlukan adalah dari jenis O , A dan B.

Ipoh merupakan sebuah bandar yang mempunyai 600,000 penduduk kerap mempunyai masalah bekalan darah apabila ada diantara penduduk lebih gemar menjual darah berbanding menderma.

Sikap hospital swasta juga amat dikesali dalam isu ini yang pernah berlegar dikalangan sebahagian penduduk.

Dengan penduduk Cina mewakili 65%, menghairankan apabila Ipoh mengalami kekurangan darah sedangkan orang Cina dahulunya berpegang teguh kepada ajaran Buddha yang menggalakkan bantu membantu.

Tetapi hari ini, mana pergi darah-darah yang mereka dermakan melalui persatuan-persatuan kebajikan? Adakah ia dijual kepada pusat perubatan swasta? Atau mereka tak menderma darah pun.

Dalam perkara ini, lebih baik jika pemimpin negeri Perak menjadi tauladan untuk penduduk Ipoh. Dermalah darah anda.

27 MAUT DI SPG. PULAI, BAS TERBABAS, 11.40 PAGI

Tragedi bas pelancong terbabas: 27 disahkan terbunuh
20/12/2010 4:19pm

IPOH 20 Dis. – Jumlah kematian dalam tragedi bas pelancong terbabas ketika menuruni Cameron Highlands di Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini disahkan seramai 26 27 orang.

Ketika ini, 22 disahkan mati di tempat kejadian, manakala lima lagi penumpang meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

PAS Tidak Percaya Kitab Allah, UMNO Dituduh Beriman Dengan WikiLeaks

Siapa yang percaya sangat dengan WikiLeaks? Sapa pula yang kononnya beriman dengan WikiLeaks? Tapi jika kita hendak menafikan, kita tidak boleh pandang sepi kenyataan Menteri Luar Singapura pada 13 Disember 2010, George Yeo, seperti yang disiarkan oleh Kementerian Luar Singapura sendiri :
I don't know what impact there will be, or how others will interpret it. But because of the nature of diplomatic communications, taking it out of context, that, "look, so and so said such and such a thing", at a cocktail, about a particular incident, and it gets reported, I don't think we should over-interpret such communications.
Katanya, tidak deketahuilah apa kesannya berdasarkan bagaimana ia ditafsir. Tetapi, lumrah komunikasi diplomatik yang dipetik mengikut tafsiran seperti " tengok, si anu cakap itu ini begitu begini ", pada majlis koktel mengenai sesuati insiden, dan ianya menjadi bahan laporan, rasanya tak perlulah terlalu melulu membuat tafsiran.

Benar apa yang dikatakan oleh George Yeo. Tetapi apa yang dikatakan dalam majlis koktel dan gosip menggosip itulah yang terbongkar oleh WikiLeaks.

WikiLeaks bukanlah wahyu menyebut Anwar memang berjubur. WikiLeaks sekadar melepaskan kisah 'gosip majlis koktel' yang mana isi kandungannya memanjangkan analisis yang membawa kepada perkara berikut :
1. DAP sebagai kirabat PAP di Persekutuan Malaysia mengetahui semua kisah Anwar berdasarkan perjalanan kes yang ditangani oleh Pengerusinya Karpal Singh, seorang peguam bela Anwar, yang mula menjatuhkan Anwar pada tahun 1997 semasa Anwar masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.

2. Anwar menghentam dasar Ketuanan Melayu / Kedaulatan Melayu / Kemajoritian Melayu atas kehendak DAP yang 'mengugut' nya dengan memagang rahsia salah laku Anwar. Dengan kata lain Anwar menjadi keldai tunggangan DAP.
Dari hasil di atas, WikiLeaks sekadar menjadi setitis air yang menitik dari kebocoran sebuah tangki air yang sangat besar, yang baru siap dibina, menelan belanja ratusan juta, dan dikhabarkan tidak akan ada ketirisan kerana ianya merupakan sesuatu yang mustahil.

Dari titisan ini, orang dapat menilai bahawa tangki air yang baru dibina itu tidak mengikut spesifikasi dan terburailah kisah-kisah kotor disebalik pembinaannya.

Golongan anti-Anwar tidak beriman dengan WikiLeaks. Mereka terbukti beriman dengan kitab Allah kerana percayakan Allah, dan percayakan Al-Quran yang menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari.

Tidak perlu WikiLeaks untuk mengetahui bahawa Anwar melakukannya.

Orang PAS yang bodoh akan menuduh golongan anti-Anwar sebagai mengimani WikiLeaks. Sebenarnya otak mereka yang leak (bocor).


Inikah Bukti Utusan Malaysia Akhbar Perkauman Melayu?

Guan Eng barua dajal menyebut, siapa yang baca Utusan Malaysia, bukan rakyat Malaysia sebenar? Utusan Malaysia melancarkan kempen membantu Hui Yee mendapatkan jantung sedikit masa lalu. Adakah Hui Yee bukan rakyat Malaysia? Adakah para penderma juga bukan rakyat Malaysia?

Adakah Roket (akhbar sampah) melancarkan apa-apa program kebajikan yang membantu masyarakat? Adakah Suara Keadilan (akhbar sampah) menjalankan tanggungjawab sosial dengan berkesan? Adakah Harakah (bapak akhbar sampah) menunjukkan rasa tanggungjawabnya membantu mereka yang memerlukan? (Tidak termasuk ahli politik PAS yang memerlukan kuasa desperately)

Tee Hui Yee, 14, seorang gadis Cina yang diselamatkan oleh 'propaganda' Utusan Malaysia pada Oktober 2007 yang kononnya perkauman itu, malah dalam beberapa hari sahaja selepas Utusan melancarkan kempen mencari jantung untuk Hui Yee, dia telah menerima beberapa sumbangan dari orang Melayu sendiri!

Bukan Hui Yee sahaja, Tan Geek Koon, 41, juga mendapat gantian organ yang diharapkan selama setahun selepas Utusan Malaysia mendedahkannya pada tahun 2009!

Nah, sebenarnya Guan Eng lah bukan rakyat malaysia. Kerana bukan sahaja Melayu yang ditindas, malah orang Cina sendiri tidak ada yang dibela melainkan mereka yang sudi menjilat buntutnya sahaja.

Inilah hasil kerja sebuah akhbar 'perkauman' dan 'ekstrimis' seperti yang didakwa oleh seorang pemimpin Cina berhaluan kiri yang dari dahulu memainkan api perkauman tanpa asas.

Tidak hairanlah orang Cina Pulau Pinang sendiri membenci Lim Guan Eng. Lim Guan Eng sepatutnya ditangkap dan dihumban ke tahanan. Kepala bapak engkau lah. Tapi memang kepala bapak kau pun tak guna jugak.

Menilai Genap 2 Tahun Menuju 20.12.2012

Mengikut analisis perosak iman yang diadaptasi menjadi filem 2012, pembentukan semula tamadun di dunia ini akan berlaku pada 20.12.2012. Dengan kata lain, 2 tahun dari hari ini.

Ini diperkukuhkan oleh ramalan kalendar kaum Maya di Amerika Tengah yang kononnya kiamat akan berlaku pada tahun 2012.

Walaupun ianya adalah gambaran sebuah filem, ianya membawa agenda yang melekat di fikiran sesetengah kelompok manusia.

Tetapi, disebalik pembikinan filem tersebut, terlalu banyak cacat cela yang membuatkan hasil filem itu boleh ditertawakan.

Pertama, apabila tsunami besar yang mencecah Banjaran Himalaya digambarkan dengan air yang jernih. Boleh menyelam dalamnya. Malah boleh dibuat kerja-kerja pembaikan pintu yang menjadi kemuncak debaran dalam filem tersebut.

Hakikatnya, kita dapat melihat tsunami di Aceh dan Phuket di mana betapa keruhnya air lumpur dasar laut yang menerpa dicampur pula dengan kotoran di permukaan bumi.

Kedua, apabila kapal penyelamat yang dibangunkan China itu akhirnya berlayar di sebuah lautan dengan sinaran mentari menyinar cerah beberapa hari selepas 20 Disember 2012.

Padahal letusan supervolcano Yellowstone yang dikatakan penyebab berlakunya kejadian tersebut kononnya memberi impak cukup besar sehingga teralih plat tektonik. Mengikut kajian saintifik, letusan Danau Toba 80,000 tahun lalu yang tidak mengkiamatkan bumi pun mengakibatkan bumi suram tanpa matahari selama bertahun-tahun.

Ketiga, apabila kononnya setelah semuanya selamat pemandangan ditarik ke atas dan terlihat bumi dari angkasa. Pada imej tersebut, kawasan hijau masih ada, melambangkan hutan dan kawasan kuning masih ada menunjukkan tanah gersang di benua Afrika dan India.

Padahal, jika berlaku tsunami yang menerjang hingga ke gunung ganang pendalaman benua, rupabentuk mukabumi yang terlihat diangkasa pastinya berubah sama sekali. Menjadi kehitaman seperti di Aceh.

Seperti perancangan yang penuh cacat cela pihak yang mahu dunia segera kiamat, sesungguhnya mereka lupa, Allah Maha Mengatur kejadian alam. Jika diizinkan, maka jadilah.

Cuma kecacatan filem 2012 perlu menjadi petanda bahawa perancangan pihak yang mahu mengkiamatkan dunia pada 20 Disember 2012 juga mungkin menghadapi perancangan yang penuh cacat cela.