Rabu, Disember 22, 2010

Pakatan Retorik Memperbodohkan Rakyat Lagi

Bagi teman, Pakatan Rakyat membodohkan rakyat apabila berjanji dalam masa 100 hari, mereka akan menghapuskan tol di lebuhraya.

Bagi teman juga, Pakatan Rakyat kini menjadi Pakatan Retorik yang mengadakan janji atas dasar- janji bukanlah sesuatu yang perlu ditepati - kerana di kemudian hari, mereka akan menyebut, atas sebab-sebab teknikal, perkara itu tidak boleh dilaksanakan.

PLUS yang masih mengutip tol yang membuatkan perkhidmatan Lebuh Raya Utara Selatan adalah perkhidmatan yang bukan sekadar laluan lebuhraya semata-mata masih mempunyai tanggungan hutang.

Apa yang boleh Pakatan Retorik buat dalam masa 100 hari? Menumbangkan PLUS? Bagaimana caranya? Menggunakan wang dari mana untuk melangsaikan hutang PLUS? Berapa billion yang akan digunakan?

Untuk melangsai kira-kira dengan PLUS dengan mengambil kira unit saham PLUS yang bernilai RM4.60 seunit, sebanyak RM23 billion diperlukan oleh Pakatan Retorik untuk memansuhkan syarikat tersebut.

Dengan nilai tersebut, kita akan mendapat Lebuhraya Utara Selatan yang semakin buruk keadaaannya dan semakin tenat perkhidmatan R & R nya. Bukankah itu pembaziran paling agung dalam tempoh 100 hari?

Dengan RM23 billion, 8,880 km jalanraya JKR Negeri boleh disiapkan. Dengan nilai itu 1,050 buah sekolah dapat diwujudkan. Dengan nilai tu, 42 buah hospital dapat dibina.

Bagaimana pula nasib kerajaan persekutuan 'pimpinan Pakatan Retorik' yang akan diheret ke mahkamah kerana melanggar perjanjian dengan PLUS pula?

Agaknya, Pakatan Retorik mahu ini semua dibayar dengan pinjaman IMF. Adakah Anwar masih kecewa kerana Malaysia tidak berhutang dengan IMF 12 tahun lalu?

Komunisme Bermahajarela Semula Di Pulau Pinang

Kereta Ketua Pemuda PCM disimbah cat merah


Liew Yeow Hooi menunjukkan surat ugutan bunuh dan cat merah yang disimbah pada bahagian depan keretanya di Ayer Itam, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 21 Dis. - Kereta BMW milik Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM) yang diletakkan 30 meter dari pekarangan rumahnya di Jalan Air Putih di sini disimbah cat merah oleh pihak tertentu, dipercayai bertujuan menakut-nakutkannya.

Turut ditinggalkan di atas kereta milik mangsa, Liew Yeow Hooi adalah sebungkus beg plastik berisi cat dan tujuh keping kertas bersaiz A4.

Ketujuh-tujuh kertas tersebut bertulis: Amaran terakhir! Jangan buat bantahan tentang kerajaan negeri Pulau Pinang lagi! Jika tidak kita kan bunuh u dan keluarga u! Kali ini kita ajar sikit sama u sahaja kena kereta u tak kena orang. Kita bagi u Parti Cinta Malaysia semua habis.

Menurut mangsa, kejadian seumpama itu merupakan kali kelima dilaluinya selain pernah dipukul dan disimbah cat di pekarangan rumah bapanya di Padang Tembak, Ayer Itam pada Disember tahun lalu.

Dakwa beliau, perbuatan khianat tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan demonstrasi yang diadakannya di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2 November lalu.

''Saya menyifatkan mereka tidak profesional dan ia ada kaitan dengan faktor politik. Kita manusia biasa, bukannya seekor binatang. Kalau saya ada buat salah, datang berjumpa dan bercakap sendiri.

"Jangan guna kekerasan untuk meluahkan perasaan tidak puas hati. Negara kita ada undang-undang," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau percaya ugutan itu ada kaitan dengan tindakannya yang sering membantah kerajaan DAP Pulau Pinang termasuk dalam isu kenaikan tarif air sebanyak 27 peratus dan caj letak kereta yang dikenakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sehingga larut malam.

Yeow Hooi bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi percaya perbuatan itu ada kaitan dengan penyokong kerajaan DAP Pulau Pinang.

''Dua bulan lalu saya telah menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada seseorang yang mengarahkan saya supaya tidak mengganggu dan membantah apa-apa arahan kerajaan negeri.

''Bagaimanapun, saya tidak takut dengan ugutan ini dan akan tetap meneruskan tanggungjawab saya," katanya.

Tambah Yeow Hooi, beliau meminta pihak polis menyiasat segera semua laporan yang dibuatnya sejak dari tahun lalu dan bertindak pantas dalam menangani isu itu sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.



Ulasan

Takkan kerja UMNO kot? Takkan kerja BN kot? Apa kena mengena UMNO Pulau Pinang dengan PCM? Itulah kerja DAP Pulau Pinang. Mengugut dan mengamalkan politik kebencian.

Teman belum lupa lagi kejadian seorang Melayu dibunuh di Jelutong dan mukanya dicat merah oleh konco-konco p*****k di Pulau Pinang yang menyemarakkan angin rusuhan kaum pada tahun 1969.

Hari ini mereka memulakannya semula. Tetapi atas kaum mereka sendiri.