KUCHING 31 Dis. - Polis dijangka tidak berdepan dengan sebarang masalah sekiranya pilihan raya negeri ini dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail.
Sabtu, Januari 01, 2011
PRU 13 Bakal Berlangsung 3 Bulan Dari Sekarang?
Dramatis Faizal Yusof, 32 Tahun, Meninggal Dunia
Salam 2011. Buku 2010 Tidak Ditutup. Jom Sokong Program MCA Esok!

Perhimpunan aman MCA esok
KUALA LUMPUR 31 Dis. - MCA Bahagian Serdang akan mengadakan perhimpunan aman pada Ahad ini bagi membantah tindakan kerajaan Selangor yang melarang penggunaan logo 1Malaysia di negeri itu.
Ketuanya, Datuk Liew Yuen Keong berkata, perhimpunan yang akan diadakan dengan kerjasama MCA Klang bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai logo 1Malaysia yang memberi gambaran berhubung kemakmuran masyarakat yang hidup dalam pelbagai kaum di negara ini.
Katanya, beliau bersama beberapa lagi ahli MCA dengan menaiki 15 buah kereta akan memulakan perhimpunan aman itu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Cheras, Batu 11 pada 10 pagi dan dijangka tiba di Stadium Pandamaran, Klang pada 1 tengah hari.
''Kami akan melalui beberapa kawasan di Serdang dan akan mengedarkan pelekat 1Malaysia kepada orang awam.
''MCA Klang memberi kerjasama yang amat menggalakkan dan 24 kereta akan menyertai kami pada perhimpunan itu,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sehubungan itu, Yuen Keong turut mengharapkan kira-kira 500 penduduk Klang akan mengunjungi Stadium Pandamaran untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap gagasan 1Malaysia.
''Kami kecewa dengan tindakan kerajaan Selangor yang melarang penggunaan logo 1Malaysia dan menyifatkannya sebagai golongan yang tidak waras dan pandangan sempit.
''Ini semua taktik kotor dan hanya mencari publisiti murahan. Golongan yang waras, tidak akan membuat bantahan terhadap logo 1Malaysia kerana ia hanya memberi keutamaan terhadap masyarakat di negara ini,'' jelasnya.
Sementara itu, Yuen Keong turut mengecam tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memakai baju ketat serta melakukan senamrobik bersama jemaah lelaki dan perempuan di Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong baru-baru ini.