
MB Selangor dalam kenyataan akhbarnya mengelak untuk menghentam Sultan Selangor namun ayat-ayatnya sangat berhati-hati kerana yang mahu dihentamnya pastilah Sultan Selangor. Katanya, perlantikan SS adalah mengikut aliran seperti berikut :
SPA Negeri kemuka calon - MB setuju - Sultan perkenan -SPA Negeri submit nama ke SPA Pusat - SPA Pusat lantik.
Nah, sekarang yang tak ada cuma persetujuan MB. Umum mengetahui, malah dunia mengetahui bahawa MB Selangor adalah seorang MB yang paling banyak mencampuri urusan perkhidmatan awam negeri.
Dan membelakangkan MB Selangor adalah langkah menyelamatkan perkhidmatan awam itu sendiri yang SEHARUSNYA BEBAS POLITIK. Kenyataan media MB Selangor berbunyi begini :
Perlu dinyatakan di sini, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu bukan sahaja melanggar Perlembagaan, tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik; sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Siapa yang bermotifkan politik sekarang? Perkhidmatan awam? Atau MB Selangor sendiri?
Tolonglah jangan memperbodohkan diri sendiri yang sedia gagap dan lembu. Itu nasihat teman. Perkhidmatan awam adalah sebuah organisasi terancang bebas politik yang melicinkan jentera pemerintahan dan memastikan pentadbirannya dan perbendaharaannya bebas dari tangan pelacur politik.
Jika Sultan Selangor mengambil langkah tidak memperkenankan semua 18,000 nama sekalipun yang dihantar MB kerana jelas nama-nama tersebut adalah mereka yang terdiri dari orang yang cenderung politik dan 'konco-konco politik' mereka, bila lah akhirnya SS baru akan dilantik?
Mengenepikan MB Selangor adalah perkara pokok paling wajar yang dituntut oleh perkhidmatan awam itu sendiri.
