Isnin, Januari 10, 2011

Masyarakat Terpinga-pinga Mendengar Kes Robingah

Ketika berbual dengan kumpulan besar yang tidak peka politik dalam masyarakat, teman terkejut mendapati 80% daripada mereka berasa terkejut dengan berita rogol amah.

Tiba-tiba akhbar menyiarkan kisah Robingah mengaku dan gambar Rais Yatim terpampang. Mereka bertanya, apa hal ni? Apa kes ni? Hei nyer cemane? Ceciter Ceciter ceciter..

Ini menunjukkan perang maya cetusan alam maya berhubung sesuatu isu, tidak diikuti oleh 80% masyarakat. Mereka hanya fikirkan keberlangsungan hidup. Kebajikan, kerakyatan dan keindahan kerajaan rakyat itu adalah politik yang mengganggu kehidupan mereka.

Ini bermakna, Harakah bukan menjadi bacaan umum dengan pengaruh yang tinggi.

Khalayak tidak mengetahui perjalanan perang fitnah gambar palsu dan kenyataan palsu kononnya Robingah dirogol dan diusir mem besar bermaharajalela di internet tanpa kepedulian khalayak ke atas isu tu.

Khalayak menggunakan internet untuk berhubung sesama mereka dan menjalani kehidupan. Berita politik dari blog hanya berlegar dalam blogosfera.

Begitu juga kes Anwar yang terlalu banyak bukti yang terpampang di dunia blog tetapi khalayak tidak peduli dan membiarkan kerajaan mengatasinya sendiri.

Ini termasuk menyediakan polis yang menyurai perhimpunan baik PR di KL mahupun BN di Pulau Pinang.

Sekiranya khalayak yang tidak peduli ini tidak dilakukan 'dakwah lisan' kita akan terus terjumpa mereka yang berkata sama ada:

"Ye ker? Ya Allah, teruknya dia.."

atau

"Ya Allah, komer percaya sangat la blog tu"

Sama-sama kita buat kerja ekstra.