Ahad, Mac 20, 2011

Hadi Awang Akhirnya Memakai Cawat

Inilah ulasan orang yang masih tak sedar diri walaupun kenyataannya di hadapan khalayak yang jauh dari sarawak bahawa orang sarawak masih pakai cawat, belum lama pun di telan masa.

Berbalik kepada PRK Batang Ai yang menyaksikan Hadi Awang bersifat celupar dan menggambarkan isi hati nuraninya berhubung intepretasinya mengenai rakyat Sarawak, dia telah menggambarkan seolah-olah rakyat Sarawak terkebelakang , kuno dan tidak moden apabila menyebut pengundi di Sarawak masih pakai cawat.

Hinaan itu bagi menggambarkan kononnya manusia moden tidak memilih BN. Hari ini dia dengan sifat talam dua muka yang diajar oleh Islam ala PAS, tanpa pernah meminta maaf, dengan penuh rasa tak malu, membuat tafsiran sendiri yang menunjukkan Hadi Awanglah yang berpemikiran manusia bercawat.

Tak mustahil pengundi Sarawak akan buat perubahan

20/03/2011 12:31pm

BESUT 20 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin dengan peluang pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan datang.

"Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini,” katanya.

Ini berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh sini, hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan esok. – Bernama