Khamis, Mac 24, 2011

Utara Thailand Gempa Bumi 7.0 Richter 9.55 Malam Tadi


TERKINI : Gempa bumi 7.0 (6.8 Mengikut kiraan USGS) skala Richter mengikut kiraan pencerap IRIS, berlaku di sempadan Thailand, Laos, Myanmar.. 9.55 malam sebentar tadi.... Kawasan ini merupakan patahan benua kecil Asia Tenggara dan jarang gempa berlaku . Kedalaman gempa ini cuma 10km... Dan kemusnahan besar adalah diramalkan.

Gempa berpusat 69 batu ke utara Chiang Rai dan gegaran terasa hingga ke Hanoi, Vietnam , 400km di sebelah timur pusat gempa dan memaksa penghuni bangunan tinggi di Hanoi mengosongkan kediaman mereka.

Belum ada berita lanjut berhubung kemusnahan akibat gempa yang dinilai sebagai gempa bumi besar ini.